Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Akan Biaya Projek...

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijadual siap menjelang...

Pelukis Grafiti Belanda Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seorang pelukis grafiti warga Belanda ditahan kerana menceroboh dan cuba...

LGBT: Jangan Manipulasi Kenyataan...

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa...

Inkues Nora Anne Terpaksa...

SEREMBAN - Prosiding inkues bagi menentukan kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis Nora Anne...

Tahap Celik Kewangan Rakyat Masih Rendah – Maszlee

MAJORITI rakyat masih mempunyai tahap celik kewangan yang rendah dan menyebabkan mereka tidak cekap menguruskan hal ehwal kewangan dengan bijak, kata menteri pendidikan.

Maszlee Malik berkata banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap celik pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat.

“Hal ini bagi merealisasikan generasi yang celik kewangan dapat dicapai,” kata dipetik ucapan merasmikan program Pro Du-it di Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini.

Ucapan menteri dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Mohd Gazali Abas. Hadir sama, Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim.

Media dimaklumkan, Maszlee tidak dapat menghadiri majlis perasmian tersebut kerana dalam perjalanan ke Pasir Gudang, Johor bagi meninjau keadaan semasa di daerah yang dilanda pencemaran toksik.

Maszlee dalam ucapannya berkata kanak-kanak zaman ini amat terdedah kepada aspak komersial, dan mempunyai kuasa membeli yang besar sama ada secara langsung ataupun tidak.

“Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengajar mereka untuk berbelanja secara berhemah serta membendung budaya pembaziran dalam perbelanjaan.

“Agar mereka tidak lemah mengurus kewangan apabila dewasa kelak,” katanya.


Pro Du-it yang dirasmikan hari ini mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan fokus untuk meningkatkan kemahiran pelajar mengenai kemahiran mengurus aliran tunai.

Menurut Kamaruzzaman, peserta didik tentang merancang perbelanjaan, menyimpan wang dan berbelanja secara cermat.

“Sepanjang program berlangsung, pelajar digalakkan untuk membuka akuan simpanan dan membuat rekod harian di buku log yang telah dibekalkan.

“Peserta yang memenuhi kriteria akan diberikan penghargaan dan anugerah sebagai pemangkin semangat untuk terus menguruskan kewangan dengan baik,” katanya ketika berucap di majlis yang sama. – FMT

Kategori