Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Tiada Keperluan Tutup...

PUTRAJAYA - Tiada keperluan untuk menutup sekolah sehingga Jumaat ini berikutan fenomena jerebu...

Gambar: Suruh Bos Tukar...

DI zaman serba canggih ni, kelengkapan pejabat pun haruslah seiring dengan teknologi yang...

Lynas Malaysia Terima Anugerah...

KUALA LUMPUR - Komitmen Lynas Malaysia dalam meningkatkan kesihatan dan keselamatan pekerjaan menerima...

VIDEO: Milo Tiruan Dibungkus...

PERNAHKAH anda minum Milo dan rasa ianya tidak seperti selalu?Jika ya, anda mungkin...

Tak Tahulah Kepala Siapa Akan Kena Ketuk – Dzulkefly

MENTERI Kesihatan, Dzulkefly Ahmad terbuka kepada idea mewujudkan hospital baru di Semenyih, tetapi ia bergantung kepada kelulusan perdana menteri dan Kementerian Kewangan.

Dzulkefly, yang sebelum ini mempersoalkan pembinaan hospital di kawasan DUN Semenyih, kelulusan projek seperti itu di luar kuasa kementeriannya.

“Akhirnya, ia bawah Kementerian Kewangan. Jadi, saya tidak pasti kepala siapa akan kena ketuk,” katanya.

Beliau merujuk kepada gurauan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad beliau akan ketuk kepala menteri yang menentang pembinaan hospital di Semenyih.

Cadangan tersebut dibuat oleh calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih yang berlangsung esok, Muhammad Aiman Zainali, yang berjanji akan mengetengahkan pembinaan hospital di Semenyih sekiranya menang.

Susulan cadangan Aiman, Dzulkefly berkata, adalah lebih praktikal membina klinik di kawasan berkenaan.

Hari ini beliau memberitahu pemberita, beliau tiada membantah pembinaan klinik atau hospital di Semenyih sekiranya Mahathir dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengizinkannya.

“Ini termasuk lain-lain bahagian di Parlimen Hulu Langat atau di mana sahaja,” kata Dzulkefly kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Simposium Onkologi & Fisik Perubatan Antarabanga 2019, di sini.


Sebelum itu, beliau berkata Malaysia kekurangan pakar onkologi. Terdapat seramai 115 pakar onkologi di negara ini tahun lalu, 42 daripada mereka berkhidmat di hospital kerajaan dan bakinya di sektor swasta.

“Paling baik kalau dapat nisbah 8 ke 10 pakar onkologi untuk setiap sejuta orang.

“Kalau penduduk Malaysia sekarang 34 juta, ratio 3 atau 4 bagi setiap sejuta orang dikira sangat rendah,” katanya.

Dzulkefly juga berkata, barah punca ke-4 kematian paling tinggi di Malaysia, dengan kira-kira 37,000 kes dilaporkan setiap tahun. Jumlah ini dijangka mencapai lebih 55,000 menjelang 2030.

Katanya, dapatan ini berdasarkan laporan “Malaysian Study on Cancer Survival” yang dijalankan kementeriannya. – FMT

Kategori