AKIBAT terlampau penat dan mahu tidur, seorang bapa melukis mata palsu pada kelopaknya supaya anak lelakinya menyangka dia masih berjaga.
Gelagat dua beranak itu dibuai mimpi atas katil dipercayai dirakam oleh ibu bayi berkenaan dan antara kompilasi video lucu bapa menjaga anak mereka yang dimuat naik portal China K618.cn.
Berdasarkan video itu, bayi berkenaan tertidur manakala bapanya yang menyumbat kedua telinganya dengan tisu sudah nenyak.
Turut dipaparkan lelaki itu memasang rakaman dia menyanyi lagu nurseri sebagai salah satu cara mendodoikan anaknya.
Sejak dimuat naik di Weibo Isnin lalu, kompilasi itu sudah ditonton lebih 4.17 juta kali. – Agensi