Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Razali Calon Tunggal BERSATU...

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris menjadi calon...

Syria Tuduh Israel Bom...

DAMSYIK – Syria menuduh Israel mengebom lapangan terbang utamanya kelmarin selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

Bekas Menteri KDN Nafi...

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan...

UMNO Salur Bantuan Guaman...

KUALA LUMPUR: UMNO akan memberikan bantuan guaman kepada Ketua Pemuda, Dr Muhammad Akmal...

Tasik Dipenuhi Serpihan Ais Tajam

SOUTH HAVEN – Ketibaan musim bunga telah menyebabkan lapisan ais di permukaan Tasik Michigan mula cair dan membentuk serpihan ais tajam berlapis-lapis yang menakjubkan di sini Selasa lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Tasik yang dikongsi empat negeri, lebih 70 pekan dan bandar serta 12 juta penduduk itu, kini menyaksikan fenomena pergerakan air di bawah lapisan ais musim sejuk dan menyebabkan serpihan ais tajam bertindih di permukaannya, lapor portal berita tempatan, MLive.com.

Pemandangan serpihan ais tajam seperti jubin pecah itu paling jelas kelihatan di dermaga bandar South Haven tetapi Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat meminta orang ramai tidak mendekatinya kerana dikhuatiri struktur tersebut tidak kukuh.

“Tiada lapisan ais yang boleh dianggap selamat khususnya pada waktu peralihan musim ini.


“Lapisan ais itu sememangnya sedang cair dan akan pecah tidak lama lagi,” jelas agensi tersebut.

Kira-kira 50 peratus daripada permukaan tasik itu diselaputi ais sepanjang musim sejuk sehingga awal bulan ini. – Agensi

Kategori