Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lepas Rich Kids Of...

SEBELUM ini akaun laman Instagram Rich Kids Of Instagram mendapat perhatian daripada kebanyakan...

PRU14: Undilah Dengan Bijak...

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyeru semua...

Pakar Nafi Ribuan Kerang...

KUANTAN - Fenomena ribuan kerang terdampar di Pantai Mempisang, Tanjung Gemuk, Rompin dan...

DBKL Tolak Permohonan Demo...

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muktamad tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4.0 diadakan di Dataran...

Tengkorak Nur Aisyah Ditemui Di Gunung Raya

MISTERI kehilangan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai dilarikan sepasang suami isteri sejak bulan lalu akhirnya terjawab apabila tengkorak kepala serta cebisan rambut dipercayai milik mangsa ditemui di Gunung Raya di sini hari ini.

Mayat, Nur Aisyah Aleya Abdullah yang tidak sempurna itu ditemui anggota polis di dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter dari Jalan Gunung Raya kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Anggota badan lain kanak-kanak malang itu bagaimanapun tidak ditemui kerana dipercayai telah dimakan haiwan liar di kawasan hutan tersebut.

Suspek lelaki berusia 37 tahun dibawa ke lokasi tersebut untuk menunjukkan tempat mayat kanak-kanak warga Indonesia itu dibuang sebelum kedua-dua suspek termasuk isterinya berusia 40 tahun yang merupakan jururawat dibawa ke kediaman mereka di kuarters kakitangan Hospital Langkawi (HL).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil soal siasat ke atas pasangan suami isteri terbabit membongkar pembunuhan kanak-kanak itu sebelum mayatnya dibuang di bawah pokok di kawasan gaung itu pada 16 Februari lalu.

“Kejadian didakwa berlaku apabila kanak-kanak terbabit dikatakan menangis tidak henti-henti sehingga mencetuskan pertengkaran antara pasangan suami isteri tersebut.

“Suspek lelaki yang naik angin kemudian cuba memujuk mangsa dengan menepuk belakangnya sebelum kanak-kanak itu didakwa diserang sawan sehingga menyebabkannya muntah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi mayat mangsa ditemui Gunung Raya di sini, hari ini.

Kata beliau, suspek yang panik apabila tidak mengesan nadi pada kanak-kanak itu terus menyumbatnya ke dalam beg pakaian sebelum membuang mayat di kawasan gaung Gunung Raya.


“Suspek kemudian membuang beg pakaian tersebut di kawasan kuarters kakitangan Hospital Langkawi,” ujarnya.

Mohd. Iqbal berkata, pasangan suami isteri terbabit bersama lima anaknya yang berusia tiga hingga 12 tahun kemudian meninggalkan Langkawi pada 1 Mac lalu sebelum ditahan di sebuah inap desa di Taman Melati, Ampang di ibu negara.

“Mereka dipercayai mahu berpindah keluar ke negeri lain kemungkinan Johor kerana suspek ada membuat permohonan untuk menukar sekolah anaknya ke negeri tersebut,” jelasnya.

Ujar beliau, permohonan reman ke atas pasangan suami isteri itu untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh akan dilakukan di Mahkamah Majistret Langkawi hari ini. – K! ONLINE

Kategori