Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Hasni Digugurkan Teraju UMNO...

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad, digugurkan daripada...

Anggota PKR Terutama Calon...

GEORGE TOWN - Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin mahu...

Tokoh Kulit Hitam Hiasi...

WASHINGTON DC — Enam denominasi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) bakal berwajah...

Petani Dapat Manfaat Kemudahan...

KOTA KINABALU - Lebih 3,000 petani kawasan luar bandar Sabah kini menikmati kemudahan...

Terowong Dasar Laut Hantui Sesi Guan Eng

KUALA LUMPUR – Seperti dijangka sesi menjawab Perbahasan Titah Diraja oleh Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat di sini hari ini, ibarat medan perang antara pembangkang dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Keadaan menjadi kecoh apabila Guan Eng secara berulang-ulang mengungkit perkara-perkara yang berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) terutamanya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta penjualan aset di Hong Kong.

Beliau sendiri malah dilihat secara menyindir memberi ruang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) untuk mencelah bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjawab segala isu-isu yang ditimbulkan.

“Saya rela untuk memberikan ruang kepada Yang Berhormat Pekan untuk menjawab perkara ini (aset di Hong Kong),” kata Guan Eng.

Tindakan Guan Eng menaikkan rasa marah blok pembangkang yang akhirnya mengungkit pula masalah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwa bermula semasa Setiausaha Agung DAP itu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Najib bagaimanapun menggunakan kesempatan mencelah mendesak Guan Eng pula menjawab mengenai isu projek di Pulau Pinang itu, sekali gus mencetuskan perang mulut antara pembangkang dan penyokong kerajaan.


Dalam sesi menjawab perbahasan itu juga, Guan Eng turut menjelaskan sebab-sebab mengapa hutang kerajaan meningkat selain mempertahankan penerbitan Bon Samurai yang dianggapnya hanya perlu menanggung kadar faedah yang rendah.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) juga yang mencelah mempersoalkan mengapa Guan Eng sering menyalahkan 1MDB sedangkan tanggungan kerajaan turut mengandungi pelbagai lagi projek-projek pembangunan penting negara.

Beliau malah mahu kerajaan memberi gambaran sebenar tentang 1MDB termasuk menilai dari segi aset serta liabiliti. – UTUSAN ONLINE

Kategori