Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengurus Petronas ICT...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas Pengurus Petronas ICT Sdn. Bhd. (Petronas ICT) dihukum...

Azmin Sindir Tindakan Ikrar...

KUALA LUMPUR - Ciapan pendek Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi menimbulkan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak banyak berubah pada tengah...

Wow…Permainan Video Mario Kart...

RASA-RASANYA kanak-kanak yang membesar sekitar tahun 1980-an sudah pasti kenal dengan watak Mario...

Tiada Keperluan Ambil Lepasan UEC

KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan mendesak bagi kerajaan meneruskan pengambilan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Perkara itu ditegaskan Keilmuan Nasional yang melihat tindakan itu bukan sahaja membelakangi Dasar Pendidikan Kebangsaan malah statistik terdahulu juga menunjukkan tidak ramai lepasan UEC yang memohon.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Zambri Mohd. Isa menggesa kerajaan supaya menghentikan pengambilan lepasan UEC bagi mengikuti program tersebut.

“Tindakan Kementerian Pendidikan membuka peluang kepada pelajar lepasan UEC bagi program PISMP ini jelas membelakangi Dasar Pendidikan Kebangsaan dan memberi pengiktirafan secara tidak langsung kepada peperiksaan UEC.

“Walaupun tindakan pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini sekadar meneruskan program kerajaan terdahulu yang memberi ruang kepada lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP bagi pengkhususan guru Bahasa Cina sejak 2010, ia hanya merupakan satu program ‘on-off’ (tidak berkala) dan tidak dijadikan dasar tetap kerajaan,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching baru-baru ini dikecam warganet selepas mengiklankan tawaran melanjutkan pengajian PISMP kepada lepasan UEC.


Walau bagaimanapun, melalui satu ciapan balasnya kepada seorang warganet di Twitter, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menjelaskan perkara tersebut bukanlah baharu kerana telah diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak tahun 2010 lagi.

Mengulas lanjut, Zambri turut membangkitkan isu pembaziran kerana kerajaan perlu mengadakan tempoh persediaan kepada lepasan UEC untuk mengambil kurusus Bahasa Melayu, Sejarah dan beberapa subjek lain.

“Ia disifatkan sebagai satu pembaziran wang rakyat berbanding mengambil terus pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) yang sudah sedia mengikuti kurikulum kebangsaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori