KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang pihak yang ingin membeli syarikat penerbangan MAS.
Jelasnya ketika ditemui Lobi Parlimen, ini kerana rundingan tersebut dibuat secara terus kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Saya tak tahu proposal itu sebab ia ‘direct’ pada Perdana Menteri,” jelasnya secara ringkas.
Semalam Perdana Menteri berkata terdapat beberapa pihak yang berminat untuk membeli syarikat penerbangan MAS.
Namun beliau tidak menyatakan secara lanjut akan perkara itu.
Mengulas lanjut Anthony berkata tiada sebarang keputusan yang dibuat berhubung penjualan syarikat penerbangan itu setakat ini.
“Pihak kerajaan telah melihat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan dan pencapaian MAS setakat ini kerajaan tak buat apa keputusan lagi tapi keputusan strategik perlu dimuktamadkan pada masa akan datang,” ujarnya.
Tambahnya tiada tempoh yang diletakkan untuk memutuskan tentang perkara itu namun berharap agar dapat menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin. – Agenda News