Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ramai Belum Daftar: Kenapa...

KUALA LUMPUR - Penjelasan harus diberikan kepada anak-anak muda bagi membetulkan persepsi mereka...

Jawatankuasa Bencana Negeri Terus...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata Jawatankuasa Pengurusan...

Chen Long Dedikasi Kemenangan...

PEMENANG pingat emas perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long mendedikasikan...

Mesej WhatsApp MH370 Ditemui...

Kegilaan apakah ini, mahu mendapat LIKE dan sharing yang banyak di laman sosial?Kami...

UMNO Jadi Pembangkang Mesra Kerajaan Di Kelantan

KOTA BHARU – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah membayangkan UMNO mungkin menjadi pembangkang yang mesra kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas parti itu mengesahkan kerjasama dengan PAS baru-baru ini.

Mohd. Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor berkata, ini berikutan tiada sebarang perjanjian untuk mengadakan kerajaan campuran dengan UMNO walaupun kedua-dua pihak dilihat berbaik-baik.

“UMNO masih pembangkang dan kita (PAS) masih kerajaan. Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diwakili ADUN Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed) juga pembangkang. Kita tiada kerajaan campuran,” katanya kepada pemberita selepas Isitiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan ke-14 yang dirasmikan Sultan Muhammad V di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut mengulangi setakat ini kerjasama kedua-dua parti hanya merangkumi Pilihan Raya Kecil (PRK) selain mengukuhkan blok pembangkang di Parlimen dan negara amnya.

“(Perbincangan) sampai ke peringkat nak bergabung, tiada (setakat ini). Yang akan datang kita tak tahu lagi sebab Pilihan Raya Umum pun tak tahu bila, masa masih panjang lagi,” katanya.


Ditanya mengenai bayaran royalti oleh kerajaan persekutuan, Mohd. Amar berkata, kes berkaitan penarikan balik saman yang dikemukakan kerajaan negeri beberapa tahun lepas dijangka selesai pada 17 April depan.

“Jadi kita harap, insya-Allah April ini kita dapat bayaran royalti. Jumlah bayaran kita tak bincang lagi cuma kita minta royalti lima peratus (sebagaimana perjanjian asal),” katanya.

Kategori