Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Wanita Nyaris Maut Terperosok...

Ipoh - Seorang penunggang basikal nyaris maut akibat dirempuh sebuah lori ketika cuba...

Syarikat LPG Dihadapkan Ke...

KLANG - Sebuah syarikat pemegang lesen borong Gas Petroleum Cecair (LPG) dihadapkan di...

Daim Cadang Temu PM...

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin berkata beliau bercadang menemui Perdana Menteri Tun...

Pengerusi ITBM Ditamat Khidmat...

PUTRAJAYA - Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Datuk Dr....

Visa Haji, Umrah Lulus Dalam Beberapa Minit

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk memperluaskan penggunaan visa elektronik kepada jemaah haji dan umrah luar negara serta mempercepatkan proses pengeluarannya tanpa perlu mendapatkannya di pejabat kedutaan.

Portal Arab News melaporkan, visa elektronik tersebut akan dikeluarkan dalam beberapa minit sahaja kepada syarikat yang menggunakan pakej haji dan umrah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Penasihat Menteri Haji dan Umrah, Abdulrahman Shams berkata, jemaah dari luar negara perlu mendapatkan visa melalui syarikat dan ejen yang menawarkan perkhidmatan haji dan umrah.

“Oleh itu, visa elektronik akan dikeluarkan kepada entiti-entiti (syarikat dan ejen) yang akan dilesenkan bagi memudahkan melakukan haji dan umrah di negara ini,” katanya kepada MBC di sini semalam. – Agensi

Kategori