Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ikan Rakyat LKIM Kini...

SERDANG - Program Ikan Rakyat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), yang menawarkan ikan...

Perlu Sistem Komunikasi Berkesan...

BELAGA - Kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan sistem yang berkesan tetapi murah...

Ismail Izzani Tujukan ā€˜Bidadariā€™...

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu lagu terbaharunya berjudul Bidadari ditujukan khas buat ibunya yang...

Saran Jawatankuasa Selaras Sekolah...

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaras dan...

Warna Bulu Kucing Berubah Disebabkan Vitiligo

HEIDELBERG – Pemilik seekor kucing unik berkongsi gambar menakjubkan menunjukkan bagaimana bulu haiwan peliharaannya itu bertukar warna disebabkan masalah vitiligo yang jarang ditemui.

Nicole Bohm menyelamatkan dua ekor anak kucing dari sebuah ladang pada tahun 2016 namun tidak lama kemudian mengesan sesuatu yang pelik pada salah seekor kucing yang diberi nama Elli.

Kucing betina berwarna hitam yang memiliki bulu seperti sut tuksedo itu mulanya mempunyai sedikit tompokan putih pada tahun 2017 sebelum bertukar hampir putih sepenuhnya pada tahun lalu.

ā€œPerubahan itu bermula kira-kira satu tahun selepas Elli dilahirkan. Pada mulanya, hanya satu tompokan putih muncul pada bahagian belakangnya tetapi kemudian doktor mengesahkan Elli menghidap vitiligo,ā€ kata Bohm. Vitiligo adalah penyakit yang memusnahkan pigmen warna dalam sel badan, menyebabkan perubahan warna kulit atau bulu.

Bohm mengemas kini perubahan Elli dalam akaun Instagramnya yang mempunyai 6,000 pengikut. Ada yang mengatakan mereka tidak pernah melihat kucing berubah warna akibat vitiligo. ā€“ Agensi

Kategori