Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kertas Pertuduhan Terhadap PM...

PETALING JAYA - Dakwaan terbaharu oleh Clare Rewcastle Brown dalam Sarawak Report mengenai...

Mesin Dispenser Air Lucah...

TOKYO– Ia merupakan satu pemandangan yang menjelikkan. Apa tidaknya payu dara patung dijadikan...

Sejuta Kematian Akibat Covid-19...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), Antonio Guterres menyifatkan jumlah kematian...

APMM Tahan 6 Awak-Awak,...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan satu bot nelayan Indonesia bersama...

140 Bangunan Kerajaan Belum Miliki FC

PUTRAJAYA – Kira-kira 140 bangunan kerajaan di seluruh negara masih belum memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC) dengan 39 daripadanya adalah di Putrajaya, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata kesemua bangunan tersebut dikategorikan sebagai ‘designated building’ yang perlu memiliki FC, iaitu elemen penting bagi memastikan premis berkeadaan baik dalam pelbagai aspek keselamatan serta selamat diduduki.

Bercakap pada sidang media selepas majlis istiadat penganugerahan pingat kebesaran jabatan itu di sini hari ini, beliau berkata daripada keseluruhan 650 bangunan kerajaan di seluruh negara, sebanyak 226 premis sudah memiliki FC, manakala 283 lagi masih dalam proses permohonan.

“Bagi yang masih dalam proses permohonan serta yang tidak memiliki FC, pihak bomba akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan berkala bagi memastikan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan sebelum memperoleh sijil tersebut,” katanya.

Bagi bangunan di Putrajaya, Mohammad Hamdan mensasarkan kesemua 39 bangunan tersebut memiliki FC selewat-lewatnya awal tahun depan.

Menurutnya, pemilik bangunan dibenarkan melengkapkan keperluan pencegahan kebakaran secara berperingkat antaranya memastikan laluan di tangga tidak terhalang, pintu kecemasan strategik dan pemasangan penggera keselamatan ekoran kekangan kewangan mereka untuk menyediakan kelengkapan terkini.

Beliau berkata pemilik bangunan yang gagal memenuhi kriteria ditetapkan selepas tempoh diberikan boleh dikenakan tindakan termasuk dihadapkan ke mahkamah.


Dalam pada itu, Mohammad Hamdan berkata sejumlah aset komersial dan milik kerajaan dengan anggaran RM4.63 bilion berjaya diselamatkan dalam operasi pemadaman kebakaran yang berlaku sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata ini satu kejayaan yang signifikan bagi jabatan itu jika dibandingkan dengan taksiran kerugian akibat kebakaran sebanyak RM436.3 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama.

Pada majlis itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah Bomba sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam hal kebombaan dan penyelamatan.

Kategori