Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pertukaran Dalaman Di JPN,...

PUTRAJAYA - Semua pertukaran dalaman di peringkat jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat...

Video: Lucu! Nasihat Pedas...

SUSULAN video viral wanita dikenali sebagai Bella yang mengamuk akibat produk pelangsing yang...

Mayat 5 Lelaki Ditemui...

ALOR SETAR - Lima mayat lelaki ditemui terapung di beberapa lokasi di Sungai...

Agong, Permaisuri Zahir Rasa...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja...

3 Lelaki Dipenjara Rancang Culik Najib, 3 Bekas Menteri

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara antara 8 hingga 12 tahun terhadap 3 lelaki atas pertuduhan berkomplot mempromosikan keganasan, termasuk merancang menculik bekas perdana menteri, Najib Razak.

Warga Indonesia, Ali Saifuddin yang juga juruteknik bertaraf pemastautin tetap Malaysia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, manakala 2 rakyat Malaysia, Nor Azmi Jailani dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, masing-masing dipenjara 8 tahun.

Panel 3 hakim terdiri daripada Hakim Vernon Ong Lam Kiat, Zabidin Mohd Diah dan Has Zanah Mehat memerintahkan 3 lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh ditahan, iaitu 5 April 2015.

Pada 8 April lalu, Ali, 31, Azmi, 32 dan Yusri, 32, didapati bersalah atas pertuduhan berkomplot mempromosikan aktiviti berkaitan keganasan di Malaysia antara 30 Januari dan 6 April 2015 di sebuah rumah di Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang, Kedah.

Berdasarkan bukti digunakan Mahkamah Tinggi, ketiga-tiganya dikatakan terlibat dalam beberapa siri perbincangan dengan anak seorang militan IS mengenai rancangan menculik Najib dan 3 bekas menteri sebagai pertukaran membebaskan tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Tiga lagi menteri yang disasarkan ialah bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi, bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein dan bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin.

Anak bekas militan IS, Abu Daud Murad Halimmuddin sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas mengaku bersalah berkomplot untuk mempromosikan keganasan di Malaysia, manakala bapanya, Murad Halimmuddin Hassan, dihukum penjara 18 tahun.

Bagaimanapun, Murad Halimmuddin dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 2017.


Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Zain Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap ketiga-tiga lelaki itu kerana kesalahan yang mereka lakukan adalah serius dan boleh menjejaskan orang tidak bersalah.

Beliau berkata, hukuman penjara harus dikenakan untuk mencerminkan keseriusan kesalahan itu.

Peguam, Louis Liaw Vern Xien, Farida Mohammad dan Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar yang masing-masing mewakili Ali, Azmi dan Yusri, memohon hukuman ringan kerana anak guam mereka tidak memainkan peranan utama dalam memulakan rancangan itu.

Liaw berkata, ia adalah idea Daud yang merancang mencuri senjata api dan melakukan penculikan.

Katanya, tiada bukti rancangan itu dijalankan dan oleh itu, ia tidak melibatkan kehilangan nyawa dan harta.

Kategori