Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Peng Soon-Liu Ying Raih...

GOLD COAST - Beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meraih...

Rabies: Ketiga-Tiga Mangsa Masih...

KUCHING – Ketiga-tiga kanak-kanak yang dijangkiti virus Rabies atau penyakit anjing gila masih...

Kerajaan Berusaha Bawa Pulang...

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang berusaha untuk memudah cara kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas...

Polis Dubai Guna Motosikal...

DUBAI - Sekali pandang bagaikan lagak aksi dalam filem fiksyen sains namun polis...

Abang Azhar Harun Bakal Ketua Hakim Negara?

KUALA LUMPUR – Tan Sri Richard Malanjum bakal menamatkan kerjayanya Ketua Hakim Negara dalam masa beberapa jam lagi.

Namun sehingga kini, masih tidak kedengaran nama yang bakal menggantikan Malanjum.

Mengikut kebiasaan, jawatan tersebut akan diisi oleh bakal pemegang jawatan itu dalam tempoh masa seminggu kerusi tersebut dikosongkan.

Menurut portal berita The Edge, nama Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun yang juga abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun turut disebut-sebut.

Abang sulung mereka, Mahadir pernah bertugas sebagai penasihat undang-undang kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

Bagaimanapun, terdapat juga cakap-cakap yang mengatakan bakal Ketua Hakim Negara merupakan seorang wanita.

Sekiranya benar, negara dan badan kehakiman akan mencatat sejarah buat kali kedua kerana jawatan tersebut selama ini hanya dipegang oleh lelaki.


Bagaimanapun, calon terdekat, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah yang kini merupakan ‘orang nombor tiga’ dalam badan kehakiman bakal bersara wajib bulan hadapan.

Dua lagi individu yang bakal mengosongkan kedudukan masing-masing kerana bersara wajib ialah ‘orang nombor dua’, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop dan ‘nombor empat’, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah.

Ini sekaligus menjadikan terdapat empat kekosongan jawatan tertinggi badan kehakiman yang perlu diisi segera. – UTUSAN ONLINE

Kategori