Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nazri Aziz Positif Covid-19

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

Kerajaan BN Terengganu Yang...

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap...

Sultan Johor Minta ADUN...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Ahli Dewan...

Risiko ‘Mati Mengejut’ Ketika...

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini, didapati semakin ramai masyarakat khususnya generasi muda...

Abang Kesal Ada Pihak Guna Ritual Pelik Cari Acap

GOPENG – Abang kepada peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, kesal dengan tindakan segelintir pengamal perubatan menggunakan ritual pelik berupa penyembahan dan pemujaan dalam pencarian adiknya yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Mohd. Zahiruddin Hassan, 35, berkata, disebabkan tindakan itu, pihak pengurusan Gua Tempurung telah menghentikan bantuan penggunaan tapak perkhemahannya yang menjadi satu-satunya tempat bagi mereka berkongsi maklumat, solat serta istirehat setelah penat meredah hutan, sungai dan paya.

“Tindakan pengamal perubatan yang tidak bertanggungjawab ini telah memberi kesan buruk kepada unit sukarelawan yang datang dari segenap pelosok tanah air termasuk Sabah dan Sarawak untuk turut serta dalam misi pencarian.

“Kami bagi pihak keluarga, sukarelawan serta seluruh warga Gopeng berasa kesal dengan tindakan segelintir pengamal perubatan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Mohd. Zahiruddin ketika dihubungi berkata, pencarian masih dilakukan dengan jasa baik bantuan bomba serta orang kampung.

Menurutnya, ibunya sudah bertolak pulang semalam kerana perlu melakukan rawatan.

“Bagaimanapun, petunjuk baharu masih tidak dapat diperoleh sehingga ke hari ini,” katanya.


Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur segelintir pihak daripada umat Islam yang menggunakan ritual yang tidak menepati syariat agama Islam.

Katanya, selepas usaha mencari dan menyelamat masih tidak menemui petunjuk, umat Islam perlu berdoa, solat hajat dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan mencari dan mangsa ditemui.

“Saya memberi peringatan kepada diri dan semua masyarakat agar melakukan sesuatu yang menepati syariat Islam yang sebenarnya.

“Selain itu, marilah kita bersatu hati dalam mencari Mohammad Ashraf dan saya yakin akan ada satu titik pengakhiran iaitu dengan penemuannya,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang di sini hari ini. – K! ONLINE

Kategori