Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Izzah Dakwa Anwar Pernah...

DALAM satu ceramah yang diadakan di Pulau Pinang semalam, Nurul Izzah Anwar mendakwa Barisan...

Pahang Bebas Penyakit H5N1...

KUANTAN - Pahang bebas daripada penyakit selesema burung (H5N1) selepas keputusan ujian ke...

Najib Bentang Bajet 2017...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan...

9 Anak Kapal KD...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua sembilan...

Air Manis Pendekkan Jangka Hayat

CAMBRIDGE – Satu kajian baharu oleh penyelidik di Universiti Harvard menunjukkan pengambilan minuman ditambah gula meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular mahupun kanser khususnya kepada wanita, lapor jurnal Circulation baru-baru ini.

“Meminum air kosong berbanding minuman manis adalah pilihan lebih sihat dan boleh meningkatkan jangka hayat,” kata ketua penyelidik Jabatan Nutrisi di Sekolah Kesihatan Awam T.H Chan Universiti Harvard, Dr. Vasanti Malik.

“Soda diet mungkin boleh membantu mengurangkan pengambilan air manis secara berperingkat tetapi air kosong adalah pilihan paling baik,” tambahnya.

Penemuan itu merangkumi semua jenis air ditambah gula termasuk minuman ringan sama ada bergas atau tidak, air berperisa buah, minuman tenaga dan minuman sukan.

Selain risiko lebih tinggi bagi wanita, mereka yang meminum dua atau lebih hidangan air manis sehari berdepan risiko kematian awal sebanyak 31 peratus lebih tinggi. Penggunaan pemanis tiruan juga dapat meningkatkan risiko kematian.


“Penemuan ini mengukuhkan lagi sokongan kepada polisi bagi mengehadkan pemasaran minuman manis kepada kanak-kanak dan orang muda serta pelaksanaan cukai soda kerana harga jualan semasa yang murah tidak mengambil kira kos rawatan mahal di kemudian hari,” kata penyelidik bersama kajian itu, Professor Walter Willett. – Agensi

Kategori