Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hazami Terlantar Di ICU,...

INDUSTRI hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pencipta lagu dan penyanyi bersuara emas,...

Siasatan Hotel FIC: Pihak...

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak tidak perlu membuat sebarang spekulasi berhubung pembelian sebuah...

Nasib 7 Murid SK...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di Gua Musang,...

OKU Dari Kolej Komuniti...

KUANTAN - Muhammad Safiuddin Rosli, pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Kolej Komuniti...

Aktiviti Pelacuran Bawah Pokok Dalam Hutan Diserbu

ISKANDAR PUTERI – Beralaskan tikar serta berbumbungkan bulan dan bintang. Itu sudah cukup buat warga asing melampiaskan nafsu serakah mereka dengan melanggan pelacur di kawasan hutan Kampung Pok Besar, Tanjung Kupang di sini.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis berjaya menahan tiga individu melibatkan seorang bapa ayam berusia 35 tahun dan dua wanita masing-masing berusia 40 dan 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketiga-tiga yang ditahan merupakan warganegara Indonesia.

“Berdasarkan siasatan, mereka telah menjalankan kegiatan itu sejak sebulan yang lalu dengan menyasarkan pekerja asing di kawasan berhampiran.

“Mereka beroperasi dari pukul 8 malam hingga 1 pagi dan mengenakan bayaran sebanyak RM50,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi.


Polis turut merampas dua gulung tisu, dua botol minyak disyaki minyak pelincir dan wang tunai berjumlah RM100.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 dan Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN ONLINE

Kategori