Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Azwan Ali Tentang Abangnya...

KUALA LUMPUR - Suasana penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa...

Perabot Dan Mesin Bernilai...

SEREMBAN - Sebuah rumah separuh kekal yang diubahsuai sebagai stor perabot di Kampung...

Sudan Selatan, Pemberontak Setuju...

ADDIS ABABA - Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dan pemimpin pemberontak, Riek Machar...

Masih Tiada Individu Serah...

TEMERLOH - Belum ada mana-mana individu di negeri ini yang telah menyerahkan lesen...

“Anak Aku Bekas Banduan” – Erma Fatima

“YA, anak saya kini bekas seorang banduan. Atas izinnya saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua.

“Saya berkongsi semua ini bukan kerana mahukan simpati. Saya mahu berkongsi dengan semua anak muda di luar sana mengenai realiti hidup,” kata pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima mengenai kisah hidup anak angkat ketiganya, Ahmad Aifin, 23, yang baru dibebaskan dari penjara hari ini.

Erma, 51, atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad ketika dihubungi berkata, Ahmad dipenjara ketika dia berumur 21 tahun.

Namun katanya, dia belum bersedia berkongsi sebab anak angkatnya dipenjarakan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma mengakui tidak malu memiliki anak sepertinya kerana menganggap itu adalah dugaan paling besar dalam hidupnya yang terpaksa ditempuh.

“Apabila saya minta izin berkongsi perkara ini, dia tanya saya, mama tak malu ke beritahu orang anak mama bekas banduan?

“Saya cakap, tidak pernah malu memiliki anak dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup yang terpaksa ditempuh.

“Menerusi perkongsian ini, saya mahu keluarga yang memiliki anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan daripada cerita ini. Itu saja,” katanya.


Erma juga mengakui, anak yang dipelihara dari usia sehari itu kembali ke pangkuan bapa kandungnya ketika berusia belasan tahun.

“Satu hari atas percaturan orang tertentu, dia kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu. Pada Mei 2016, saya mendapat berita dia ditangkap polis dan dipenjarakan.

“Sekali pun tak pernah jenguk dia dipenjara kerana saya kecewa, sedih dan hancur hati ini. Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia. Semua dalam keluarga menyangka saya buang dia daripada hidup.

“Hari ini, dia keluar dari penjara. Anak lain jemput dia di penjara dan bawa pulang ke rumah. Semua takut jika saya tidak terima dia. Apa pun saya masih ibu walaupun tidak melahirkannya. Walaupun dia tinggalkan saya,” katanya. – myMetro Online

View this post on Instagram

Ini ANAK AKU yg ke 3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yg terbaik semampu aku. Sekolah..agama..kasih sayang…meskipun byk kekurangan aku. Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkn dia. Dan satu hari atas percaturan org tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yg tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia d tangkap polis dan d penjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa..sedih..hancur hati ini…hanya keluarga lain yg pergi menziarahi dia. Semua d dlm keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak2 aku yg lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.Semua takut aku tk terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya..walaupun dia tinggalkan aku..hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia. Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku.."mama tak malu ke bg tahu org anak mama bekas banduan?". Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yg d kurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dlm hidup aku yg aku terpaksa tempuh. Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati… aku mahu berkongsi dengan semua anak2 muda d luar sana tentang realiti hidup..aku mahu keluarga yg memiliki anak2 seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dr cerita aku ini. Itu saja..Nanti aku akn cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara. #hadiahisrakmikrajbuatku #anakakubekasbanduan

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Kategori