Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ahmad Maslan Kongsi Resepi...

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini memuat naik resepi dan 'petua'...

KWAMP Perlukan Sumbangan Bantu...

KUALA LUMPUR - Sumbangan kewangan yang diterima daripada orang ramai dan syarikat korporat...

Saham Terus Jatuh, Bursa...

MERUDUM... Kemerosotan terburuk prestasi saham di Bursa Malaysia iaitu rekod paling teruk sejak...

Warga Emas Cedera Parah...

TANAH MERAH - Seorang warga emas cedera parah sehingga terpaksa menerima 25 jahitan...

Angka Kematian Letupan Bom Di Sri Lanka Meningkat 310

COLOMBO – Jumlah kematian akibat beberapa siri letupan bom di Sri Lanka pada Ahad lalu kini meningkat kepada 310 orang ekoran kematian mangsa yang cedera.

Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera berkata, sejumlah 500 orang cedera susulan lapan letupan bom yang menyasarkan beberapa gereja dan hotel terkemuka di Sri Lanka, kelmarin.

Beliau menambah, 40 orang kini telah ditahan untuk siasatan berhubung serangan yang menurut kerajaan Sri Lanka dilakukan oleh kumpulan radikal Thowheeth Jama’ath Nasional (NTJ).

Menteri kabinet dan jurucakap kerajaan, Rajitha Senaratne berkata, kumpulan penyiasat kini mencari klu sama ada NTJ menerima bantuan antarabangsa dalam melakukan serangan keganasan itu.

Menurut Senaratne adalah mustahil untuk kumpulan kecil tersebut mampu menjalankan serangan terancang seumpama itu.


Sementara itu, Presiden Maithripala Sirisena berkata terdapat kumpulan pengganas antarabangsa yang menyokong pengganas tempatan, dan beliau akan meminta bantuan antarabangsa dalam menjalankan siasatan. – Agensi

Kategori