Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Trafik Bergerak Lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara pada pagi...

Infrastruktur Sukan Lebih Mesra...

PUTRAJAYA: Dalam memastikan sasaran 50 peratus rakyat Malaysia mengamalkan budaya sukan menjelang 2020...

Debat 1MDB Tak Jadi...

KUALA LUMPUR - Debat terbuka mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diadakan jika...

Tipu: Warga Emas Dihukum...

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda...

Anthony Loke Terkejut Laporan Pelaksanaan ELV

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook terkejut dengan laporan media kononnya kerajaan akan melaksanakan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) yang mewajibkan kenderaan lama lulus pemeriksaan sebelum memperbaharui insurans dan cukai jalan.

Sambil menafikan perkara itu, katanya kajian berhubung ELV pernah dibuat, namun kerajaan tidak mempertimbangkan dasar itu.

“Itu berita palsu sebab kita tiada dasar ELV sekarang. Saya sudah banyak kali berkata bahawa ia tidak dipertimbangkan. Saya terkejut ada laporan seperti itu.

“Kuasa mengenai dasar ELV adalah bawah Kementerian Pengangkutan kerana pelaksanaan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan melalui apa-apa agensi lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari JPJ Ke-73, di Putrajaya, hari ini.

Justeru katanya, orang ramai tidak perlu bimbang sebab belum ada dasar seperti ini (ELV) lagi.


Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, sebagai berkata kerajaan dijangka mengumumkan semakan semula dasar kereta nasional pada suku kedua tahun ini dan mempromosikan semula ELV yang mewajibkan kenderaan lama lulus pemeriksaan bagi memperbaharui insurans dan cukai jalan.

Tegas Loke, pelaksanaan ketika ini ialah jika sesebuah kenderaan tidak memperbaharui cukai jalan selepas 12 bulan tamat tempoh sah laku, ia perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tanpa mengambil kira berapa usia kenderaan itu.

Kategori