Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen BN Sokong...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sebulat suara...

Butik Tutup, Bukan Kerana...

GULUNG tikar bukan bermaksud gagal bagi penyanyi yang telah berjaya membawa bakatnya ke...

Kerangka Baik Bolehkan UMNO...

SANDAKAN - UMNO dapat bertahan lama sehingga kini kerana mempunyai kerangka yang baik...

Desak Polis Siasat Kes...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera...

Anwar Dakwa PH Terlalu ‘Tunduk’ Citarasa Golongan Elit

KUALA LUMPUR – Kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerana parti pemerintah itu terlalu ‘tunduk’ kepada citarasa golongan elit bandar dan gerakan sivil, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan Channel News Asia, Anwar berkata, kerajaan PH sepatutnya juga menumpukan isu-isu asas yang dekat dengan orang Melayu luar bandar seperti kejatuhan harga komoditi.

Kata Anwar, meskipun isu-isu seperti hak asasi manusia dan kebebasan sistem kehakiman perlu ditangani segera, namun masalah utama rakyat Malaysia adalah ekonomi.

“Kesusahan ekonomi adalah masalah nyata yang perlu ditangani.

“Golongan elit bandar menetapkan beberapa keutamaan yang tidak dekat dengan masalah sebenar golongan miskin, dan pada satu masa, golongan elit ini kelihatan mengabaikan masalah sebenar.

“Saya tidak dengar mereka bercakap tentang kemiskinan atau ketidaksamaan,” katanya dalam forum Persatuan Peguam Inter-Pasifik (IPBA) di Singapura, semalam.

Pemerhati politik menganggap kemerosotan sokongan orang Melayu kepada PH boleh dipamerkan menerusi kekalahan parti kerajaan itu secara berturut-turut dalam pilihan raya kecil (PRK) terutamanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan Rantau.


Kemerosotan dapat diterjemahkan lagi hasil kaji selidik Merdeka Center yang menyaksikan kepuasan pengundi terhadap pencapaian Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri merosot kepada 46 peratus pada bulan Mac tahun ini berbanding 71 peratus yang dicatatkan pada Ogos tahun lalu serta hanya 39 peratus pengundi memberikan kerajaan PH penarafan positif.

Tambah Anwar lagi, orang Melayu di luar bandar juga bimbang dengan kemungkinan kerajaan PH menggubal dasar-dasar yang meminggirkan mereka.

Jelas Anwar, penting bagi kerajaan meredakan kebimbangan itu dengan menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Ia tidak menjejaskan apa-apa jika kita menekankan kepentingan bahawa semua rakyat Malaysia perlu menguasai bahasa Melayu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori