Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cuti Tanpa Rekod Penjawat...

KUCHING - Kemudahan cuti tiga buat penjawat awam bagi urusan kematian anggota keluarga...

Fesyen Muka Pucat Jadi...

TOKYO – Lazimnya setiap wanita pasti ingin kelihatan cantik dengan wajah segar ceria...

240 Syarikat Di Perlis...

KANGAR - Sebanyak 240 syarikat yang mencatat nilai jualan tahunan melebihi RM5 juta...

Lelaki Percaya Diri Adiwira...

Seorang lelaki yang percaya dirinya mempunyai kuasa adiwira, telah terjun di hadapan kereta...

Anwar Jamin Tidak Lupa Rantau Lepas Jadi PM

REMBAU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan melupakan Rantau selepas menjadi Perdana Menteri ke-8.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau akan pastikan limpahan pembangunan di kawasan pantai peranginan di kawasannya sampai ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

“Port Dickson sebelah sahaja, sekarang Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamar wakil Langkawi, lepas ini saya punya giliran wakil Port Dickson.

“Saya jadi Perdana Menteri nanti, saya tak lupa Rantau, saya jaga Port Dickson, saya jaga Rantau dan kawasan keliling,” katanya pada ceramah umum Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi DUN Rantau dekat sini, malam tadi.

Anwar berkata, beliau menganggap Rantau seperti kawasannya, maka kemenangan calon PH, Dr. Streram bermakna DUN Rantau juga akan jadi kawasan Perdana Menteri yang baru.


Sementara itu, tambah Anwar, antara punca kekalahan PH semasa PRK Cameron Highlands dan Semenyih adalah kerana pengundi Cina tidak keluar mengundi.

“Ramai juga kawan-kawan kita termasuk orang Cina banyak tidak keluar undi, saya mahu minta tolong betul-betul kawan-kawan orang Cina. Pilihan raya ini bukan soal orang India, orang Melayu bukan soal Cina, ia semua untuk masa depan Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

Kategori