Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

JPN Pastikan Calon SPM...

ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan memastikan calon peperiksaan Sijil...

Agong Tinjau Pelaksanaan Perintah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, meninjau...

Video: Remaja Buat Aksi...

GARA-GARA terlalu berseronok, mungkin kali pertama menaiki kereta atau kali pertama mahu menjejakkan...

Bida Nombor Plat Khas...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang memiliki nombor pendaftaran 'RIMAU' setelah Jawatankuasa Penganjur...

Arak, Rokok Dikecuali Dari Senarai Bebas Cukai Di Pangkor

IPOH – Minuman keras dan rokok mungkin dikecualikan daripada senarai item atau barangan yang akan menikmati bebas cukai di Pulau Pangkor, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mengakui setuju dengan cadangan kerajaan terdahulu agar dua barangan itu dikecualikan, Ahmad Faizal bagaimanapun berkata, perkara tersebut sedang diperincikan menjelang pewartaan Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) pada 1 Januari 2020.

“Saya berpandangan sama bahawa pembangunan industri pelancongan Pangkor perlu dijaga dengan baik supaya sesuai untuk pelancongan dan keluarga.

“Senarai barangan untuk dikecualikan sekarang kerajaan negeri sedang perincikan. Kami akan tentukan perkara itu (pengecualian arak dan rokok) diberi keutamaan dalam perincian itu…kami sependapat,” katanya semasa sesi soal jawab lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Ahmad Faizal menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir (BN-Pangkor) yang ingin tahu adakah cadangan asal untuk mengecualikan rokok dan arak di pulau peranginan itu dikekalkan.

Kategori