Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan...

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dengan tiga kesan...

Ronaldo Nafi Palsu Dokumen...

PENDAKWA raya Sepanyol baru-baru ini membuat dakwaan bahawa bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo...

Hati Noh Salleh Tersentuh...

SESUNGGUHNYA zuriat ialah anugerah terindah daripada Tuhan. Siapa yang tak nak zuriat kan?...

Mukhriz Diminta Tidak Sertai...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta beredar meninggalkan...

Audio Komplot Singkir MB Perak Mungkin Benar, Mungkin Palsu

IPOH – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan rakaman audio yang dikatakan berhubung komplot menjatuhkan beliau adalah satu perkara yang belum dibuktikan kesahihannya.

Katanya, mengambil kira kecanggihan teknologi sekarang, segala kemungkinan boleh berlaku.

“Dalam dunia sekarang ini macam-macam boleh berlaku, mungkin audio itu palsu, mungkin benar.

“Perkara itu (audio) belum dibuktikan…,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, desas-desus usaha menjatuhkan beliau juga bukanlah sesuatu yang menghairankan.

“Banyak pihak cuba menjatuhkan saya sejak hari pertama lagi (menjadi menteri besar), tapi saya masih lagi menteri besar,” katanya, menambah pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa.


Semalam, rakaman audio berdurasi 4 minit 22 saat itu tular menerusi media sosial.

Rakaman audio itu dikatakan suara seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), malah ada yang mengaitkannya dengan pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak Abdul Aziz Bari.

Bagaimanapun Abdul Aziz dilapor menafikan perkara berkenaan.

Kategori