Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tapak Bazar Masjid India...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menjadikan tapak bazar Masjid...

Warga Emas ‘Dipukau’ Selepas...

PERNAHKAH anda ditegur oleh penjual yang berada di ruang legar pusat membeli belah dan...

Amaran DBKL: Daftar Kuil...

KUALA LUMPUR- Kuil-kuil yang hendak dibina di ibu kota diminta untuk mendaftarkan rumah...

Kerajaan Kaji ICERD Sebelum...

KOTA BHARU - Kerajaan akan mengkaji proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala...

Baik Lantik Guan Eng Jadi Pemerhati Pilihan Raya

KUALA LUMPUR – Presiden MCA sinis dengan pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai pemerhati untuk Pilihan Raya Kecil Sandakan.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Lajim adalah bekas Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah dan kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Katanya, PPBM ialah parti gabungan yang membentuk Pakatan Harapan (PH) yang juga disertai DAP.

DAP pula telah meletakkan calonnya untuk bertanding dalam PRK Sandakan.

“Oh! Inikah pilihan raya yang telus era Malaysia Baru?” sindirnya sambil menyatakan adalah lebih baik melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Lim Guan Eng sebagai pemerhati pilihan raya.

SPR memaklumkan pemilihan Lajim sebagai pemerhati pilihan raya semasa hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen P.186 Sandakan dibuat atas kapasiti beliau sebagai ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Pembaikan dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dan bukan mewakili parti politik yang dianggotai.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhari Azizan Harun berkata, seseorang pemerhati perlu menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh badan tersebut antaranya, agensi kerajaan berkelayakan, badan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi berkelayakan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

SPR juga turut menyediakan akujanji untuk ditandatangani oleh pemerhati yang dilantik dan merupakan ikrar yang perlu dipatuhi semasa bertugas. – MalaysiaGazette

Kategori