Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Patung Di Istana Bogor...

JAKARTA — Kunjungan julung kali Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud...

Perbanyakkan Dasar, Program Pulih...

PEKAN - Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan...

Pengganas Guna Internet Cabaran...

MELAKA - Pengganas yang menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan kegiatan mereka merupakan...

Tangkap Boleh, Tapi Jangan...

IPOH - Polis memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri...

Bekas Senator Akbar Ali Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Dewan Negara, Datuk Akbar Ali kembali ke rahmatullah di Hospital Melaka pada pukul 11 pagi ini setelah dua hari dirawat akibat serangan angin ahmar.

Allahyarham berusia 70 tahun.

Khabar pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Presiden Malaysia Corruption Watch (MCW), Jais Abdul Karim kepada Utusan Malaysia sebentar tadi.

Allahyarham yang juga Ahli Lembaga Penasihat MCW meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Semasa hayatnya, Allahyarham aktif dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat jabatan kerajaan, kampung, daerah, negeri, nasional dan antarabangsa.

Lulusan Universiti Malaya dan Sarjana Sains dari London School of Economics & Political Science (LSE) itu memasuki Perkhidmatan Awam pada 1973 sebagai Perangkawan atau Statistician di bawah Skim Perkhidmatan Perangkawan sehingga beliau bersara sebagai Timbalan Ketua Perangkawan pada 2005.

Kerana kepakaran dan pengalaman yang luas, beliau dipilih mewakili negara dalam pelbagai persidangan, perundingan dan kumpulan pakar yang merangkumi ekonomi, perdagangan antarabangsa, pertanian, alam sekitar dan pembangunan modal insan.

Antara badan antarabangsa yang beliau turut terlibat adalah UN Economic and Social Commission for Asia-Pacific (ESCAP), UN Asia-Pacific Commission on Agricultural Statistics (APCAS), Asian Development Bank (ADB), Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) dan Statistical Institute for Asia-Pacific (SIAP).

Beliau kemudian dipinjamkan ke Socio-Economic Research Unit (SERU), Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Institut SEDAR di bawah KEMAS dan seterusnya ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 2001.


Akbar seterusnya diberi kepercayaan untuk melaksanakan pelbagai tugas di Melaka termasuk Ketua Pegawai Eksekutif IMM, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Pengarah Eksekutif MTEN, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Pengurus MAIM Travel, Ketua Pengarang MHI dan Setiausaha Akhbar.

Kerana sumbangan dan peranan aktif beliau dalam NGO dan masyarakat, Allahyarham merupakan satu-satunya veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) yang dilantik Senator pada 2009.

Keprihatinan Allahyarham kepada perjuangan, nasib dan masa depan orang Melayu dan bumiputera sering menjadi perhatian terutama kalangan orang politik.

Akhir tahun lalu, beliau yang juga pakar perunding Majlis Perundingan Melayu (MPM) melahirkan kebimbangan terhadap langkah dicadangkan dalam Belanjawan 2019 yang dianggapnya tidak menangani secara khusus isu-isu menangani jurang kekayaan antara kumpulan, sekali gus melebarkan jurang itu.

Kata Akbar, selain tiada perhatian khusus diberikan kepada isu menangani jurang kekayaan, tiada juga usaha untuk menambah pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 11 peratus setahun, seperti dipahatkan dalam KSP RMK-11.

Al-fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. – UTUSAN ONLINE

Kategori