Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

TERKINI: Korban Tsunami Selat...

JAKARTA - Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan...

Toys ‘R’ Us Muflis...

BANKRAP... Gergasi jualan mainan kanak-kanak terbesar Amerika Syarikat (AS), Toys ‘R’ Us Inc....

BN Belum Buat Keputusan,...

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) masih tidak memberi sebarang keputusan sama ada...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Kepulauan...

Buat Janji 6 Bulan Cara Nak Panjangkan Hayat PH?

KUALA LUMPUR – Berjanji adalah penyakit Pakatan Harapan (PH) untuk menipu rakyat dan terbaru Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin dipetik berkata memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan apakah janji baru ini untuk memanjangkan hayat Kerajaan PH yang berada dihujung tanduk?

“Tun Daim kata ekonomi Malaysia akan pulih dalam tempoh enam bulan. Buat janji lagi? Ini janji baru, selepas kalah PRK Rantau. Mari kita tunggu sehingga bulan Oktober tahun ini apakah janji ini tertunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bidas beliau, sudah tentu harga barang akan turun, harga minyak akan turun RM1.50 seliter dan hutang PTPTN akan dihapuskan.

“Logiknya, selama ini Kerajaan PH mendakwa janji tidak boleh ditunaikan kerana keadaan ekonomi tidak mengizinkan, maka bila sudah pulih, mestilah janji boleh ditunaikan.

“Tetapi tempoh sebelas bulan berlalu apa kejayaan CEP? Harga barang tidak turun, saham tetap jatuh, hutang negara terus meningkat dan pelaburan semakin merosot. Akhirnya banyak u-turn berlaku seperti projek ECRL. Banyak aset GLC dijual bahkan duit Petronas diratah.


“Kalau sebelas bulan tidak boleh maka apakah enam bulan boleh? Memang meragukan dan rakyat juga sudah pobia dengan janji PH.”

Tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, janji enam bulan adalah taktik bermain masa untuk meredakan kemarahan rakyat setelah PH kalah di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. – MediaUMNO

Kategori