Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Wanita Indonesia Tanpa...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM20,000 atau penjara lapan bulan...

Hina Institusi Diraja Dan...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Tun...

5 Lelaki Ditahan Bersama...

BESUT - Lima lelaki termasuk remaja berumur 15 tahun ditahan polis selepas menemukan...

Kajian Semula Gaji Minimum...

Kajian mengenai Perintah Gaji Minimum sedang dilaksanakan dan dijangka selesai suku keempat tahun...

Clare Tidak Dibenarkan Masuk Perbicaraan Najib

KUALA LUMPUR – Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown turut hadir ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mengikuti perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang hadir ke aras lima di mana kamar perbicaraan berlangsung bagaimanapun hampa apabila tidak dibenarkan masuk.

Clare tidak dibenarkan masuk oleh polis yang bertugas di pintu mahkamah lantaran tidak memiliki pas khas.

Ketika ditanya media mengenai tujuan kehadirannya hari ini , Clare berkata, beliau datang untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perbicaraan kes berkenaan.

“Saya fikir saya hendak mengetahui maklumat yang lebih lanjut, dan saya hadir tujuannya seperti juga kamu (merujuk kepada pemberita),” katanya ringkas kepada media, di sini, hari ini.

Beliau kemudiannya turun ke lobi mahkamah.


Sebelum itu, Najib hadir sekitar jam 2 petang bersama penyokong beliau di mahkamah, di sini.

Perbicaraan kes kini sedang berlangsung.

Najib, 65, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap tujuh pertuduhan merangkumi kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram. – Sinar Harian

Kategori