Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Banjir Terengganu: Penduduk Cemas,...

HULU TERENGGANU : Mangsa banjir yang terjejas di Kampung Lubuk Periuk dan Kampung...

80 Hektar Kawasan Hutan...

KUANTAN - Kawasan seluas kira-kira 80 hektar Hutan Simpan Pekan dekat sini dilaporkan...

PRU14 Paling Sengit Dalam...

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan pilihan raya paling sengit...

Optimumkan Bajet RM1.509 Bilion,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengoptimumkan peruntukan...

DAP Menipu Pengundi, Tidak Berani Bersuara



KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengecam tindakan kerajaan yang tidak memasukkan Seksyen 88A berkaitan status penukaran agama anak dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Akta 164).

Dominic berkata, kerajaan terutamanya DAP hanya berfungsi untuk menipu pengundi dengan meracun fikiran mereka menggunakan isu itu satu masa dulu.

“Dulu pemimpin pembangkang seperti Menteri Kewangan yang hebat, Lim Guan Eng; Lim Kit Siang; Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching kata pada masa itu gabungan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS cukup untuk meminda Perlembagaan berkenaan isu ini. 


“Sekarang apabila isu ini ditimbulkan pada mereka, pemimpin DAP telah sekali lagi berundur ke pejabat mewah mereka di Putrajaya. Adakah DAP kehilangan ‘kacang di antara celah kaki’ selepas mendapat kuasa persekutuan walaupun menjadi parti kedua terbesar di PH?” soalnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu selaras pandangan Jabatan Peguam Negara bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama individu umur bawah 18 tahun boleh ditentukan secara unilateral oleh ibu, bapa atau penjaga.

Tambah Dominic, Pakatan Harapan terutama DAP hanya akan memohon pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk isu-isu yang memberi faedah kepada diri mereka sendiri manakala yang lain dianggap tidak dapat dielakkan.


“Kenapa Pakatan Harapan mempunyai keberanian untuk membentangkan rang undang-undang meminda Perlembagaan Persekutuan mengenai pengurangan pengundi berusia 18 tahun tetapi tidak pada penukaran agama anak?


“Apa fungsi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dalam Kabinet? Sebelum ini dia berkata bahawa dia akan menjadi suara kanak-kanak di Parlimen tetapi adakah dia tertidur?” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori