Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Piranha Mengganas Di Resort...

BRASILIA - Sekurang-kurangnya enam pengunjung sebuah resort terkemuka di Brazil cedera akibat diserang...

Bangsa DAP Dah Tersungkur,...

Oleh: Wan Iskandar Wan IsmailAPAKAH Gagasan Tiga (G3) terkubur sesudah tumbangnya kerajaan Pakatan...

Makin Ramai Artis Ngaku...

SEJAK pengumuman perkahwinan sejenis 'dihalalkan' di kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat, nampak...

Pelakon Program Realiti Mabuk,...

EUWWW... tak senonohnya!Seorang pelakon realiti TV Dirty Sanchez, Matt Prichard bertindak keterlaluan apabila membuang air...

Desak Tangguh RUU Ubah Status Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Beberapa Ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sarawak mendesak supaya usul di Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan kononnya bagi ‘menaik taraf’ status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sama rata (equal partner) ditangguhkan.

Mereka menganggap tindakan itu terlalu tergesa-gesa dan tidak melibatkan perbincangan secara meluas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) malah mengganggap usaha tersebut seolah-olah ‘mempermainkan’ Sabah dan Sarawak.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof bagaimanapun membenarkan bacaan pertama Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu dilakukan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong kemudiaan mengumumkan bacaan kedua RUU itu yang membolehkan Ahli-ahli Parlimen berbahas, akan dilakukan dalam sidang pertama Dewan Rakyat kali ini juga yang berlangsung sehingga 11 April.

Mengikut RUU tersebut, pindaan akan membezakan negeri-negeri Persekutuan kepada dua, iaitu sekumpulan negeri-negeri Semenanjung Malaysia, dan satu lagi ialah Sabah dan Sarawak.

Berdasaran huraian RUU, pindaan itu dibuat selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia yang dimeterai pada tahun 1963.


Jelas huraian itu lagi, pindaan itu juga memenuhi aspirasi dan harapan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, dan semua rakyat Sabah dan Sarawak.

“Pindaan ini, dalam apa-apa cara, tidak mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah konsep federalisme,” mengikut RUU itu.

Pada masa sama, RUU itu juga akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang jumlahnya belum dapat ditentukan lagi.

Komitmen terhadap RUU itu dilihat bagi memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH) mengenai Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 kononnya untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak. – UTUSAN ONLINE

Kategori