Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan mata wang...

Ibu Maut Kereta Terbabas...

KUALA KRAI - Seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar anak perempuannya ke Universiti...

Potong Barisan: Polis Saman...

Kenderaan yang dikhaskan untuk kegunaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling...

Jemaah Haji Perlu Bayar...

SEPANG - Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan bayaran 300 Saudi Riyal (SAR) (bersamaan...

Diana Disenarai Hitam LHDN, Tunggakan RM350,000

“SAYA dah cukup sabar dan bertolak-ansur dengan mereka, tapi cara mereka sangat mendesak. Saya dah tak mahu layan,” kata pelakon Datin Diana Danielle mengenai ketidakpuasan hati apabila namanya disenarai hitam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ketika dihubungi Harian Metro enggan mengulas lanjut mengenai setiap luahan kekesalannya terhadap LHDN di Instagram Story, baru-baru ini.

“No komen. Semua saya dah luahkan di Instagram,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Diana meluahkan rasa tidak puas hati di akaun Instagram miliknya terhadap tindakan LHDN yang didakwa mengenakan sekatan ke luar negara akibat mempunyai tunggakan cukai pendapatannya dianggarkan sebanyak RM350,000.

Pelakon yang popular dengan watak antagonis dalam drama Raisha itu melalui hantaran Instagram Story mendakwa LHDN tidak berhak meminta dia membayar tunggakan cukai pendapatan itu sehingga agensi terbabit membayar ‘hutang’ sebanyak RM100,000 kepadanya yang dituntut sejak setahun lalu.

Menerusi hantaran itu, Diana mendakwa dia diminta membayar RM350,000 oleh LHDN sedangkan dia belum mengemukakan sebarang dokumen.

Bagaimanapun, hasil perbincangan Diana bersama LHDN menyebabkan jumlah itu dikurangkan kepada RM150,000.


Malah, dia mendakwa LHDN memintanya membayar secara ansuran sebanyak RM11,000 setiap bulan.

Diana memaklumkan dia hanya mengetahui dirinya dikenakan sekatan ke luar negara ketika mahu ke Jepun atas urusan kerja, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia diminta membuat bayaran ‘upfront’ sebanyak RM70,000 terlebih dulu bagi membolehkan dirinya dibenarkan ke luar negara. – myMetro Online

Kategori