Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mesin ATM Diletup Guna...

JITRA - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Pekan...

Pasangan Kekasih Didakwa Miliki...

BUTTERWORTH - Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Persidangan Ajaran Sesat Di...

KUALA LUMPUR - Satu seminar persidangan sedunia anjuran fahaman ilmu syahadah dan zikir...

TH Plantations Mulakan Penjualan...

KUALA LUMPUR - TH Plantations Bhd memulakan usaha untuk menjual aset kumpulannya dalam...

Eksekutif Jualan Didakwa Lagi Jual Diploma Palsu

SHAH ALAM – Seorang eksekutif jualan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah berkaitan pemalsuan sijil diploma dari sebuah universiti swasta, tahun lalu.

Tertuduh, C. Vijayakumar, 34, yang didakwa bersama pemilik sebuah restoran, Mark Aaron Pious, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah menerima suapan bernilai RM3,000 daripada Muhamad Amir Safwan Rusdi, sebagai upah mendapatkan Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atas nama Mohd. Amirul.Hakim Rusdi tanpa mengikut prosedur yang betul.

Perbuatan tersebut dilakukan di tempat parkir kereta di belakang sebuah restoran di De Centrum Mall, Jalan Ikram Uniten, Kawasan Institusi Bangi pada 25 Januari 2018 kira-kira pukul 3.50 petang.

Justeru, kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 tertakluk mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa SPRM, Nor Ameelyna Zaini memohon kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan pasport mereka juga perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.

Bagaimanapun,Vijayakumar diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros memohon supaya jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menyara isteri, seorang anak berusia lapan bulan dan ibu bapanya yang mempunyai masalah kesihatan.


Permohonan pengurangan ikat jamin juga dipohon Mark Aaron yang tidak diwakili peguam.

Rozilah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap tertuduh berserta seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah. Kedua-dua tertuduh membayar jaminan tersebut.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 9 April depan.

Kosmo! Online pada 30 Januari lalu melaporkan, Vijayakumar pernah dihadapkan di mahkamah sama atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berkaitan pemalsuan ijazah sarjana muda dari sebuah universiti swasta tahun lalu. – K!ONLINE

Kategori