Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Arvidsson Kekal Pendahulu Golf...

LABUAN – Pemain Sweden, Oscar Arvidsson mencatatkan kelebihan tiga pukulan untuk mengekalkan kedudukan...

Pesakit Kronik Digalak Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pesakit kronik mendapatkan bekalan ubat melalui...

Jokowi Harap Malaysia Lindungi...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo berharap Malaysia dan Indonesia melaksanakan satu memorandum persefahaman...

Anwar, Saifuddin Berkuasa Ubah...

KUALA LUMPUR - Hanya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Setiausaha Agung,...

Exco Johor Sekarang Waktu Bekerja, Kurangkan Politik

ISKANDAR PUTERI – Barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang baharu dilantik, diingatkan supaya kurangkan berpolitik sebaliknya menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh jujur dan amanah.

Ketika menyampaikan amanatnya, Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata kesemua barisan exco yang dilantik hari ini, harus fokus dan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan diri sendiri, demi memastikan urusan pentadbiran negeri berjalan lancar.

“Semua exco telah diberi amanah, jadi sekarang waktu untuk bekerja dan kurangkan berpolitik.

“Masyarakat di bawah mengharapkan apa-apa yang kita janjikan dapat dilaksanakan dan insya Allah kami akan cuba untuk penuhi semua janji serta memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah kesemua 10 Exco Johor yang baru sahaja dilantik, dalam satu istiadat pelantikan Exco Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, pagi tadi.

Dr. Sahruddin turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains Dan Teknologi, Tan Hong Pin serta bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan, Mazlan Bujang, atas sumbangan yang diberikan sepanjang perkhidmatan mereka sebelum ini.

“Sebab saya (menggugurkan dua exco terdahulu) seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, saya akan mencari dan mengenal pasti exco yang saya selesa bekerja dengan mereka, sebab kita bekerja untuk rakyat.


“Saya juga penjawat awam, jadi saya kena pastikan saya dan exco yang lain dapat melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai sebab menggugurkan dua exco terbabit.

Beliau juga turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Ibrahim kerana berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada dirinya, yang membawa gelaran Datuk.

Terdahulu, barisan Exco Johor yang mengangkat sumpah termasuk barisan exco lama iaitu Aminolhuda Hassan (ADUN Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr. S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah), Sheikh Umar Bagharib Ali (Paloh) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya). Turut mengangkat sumpah ialah tiga muka baharu iaitu Tan Chen Choon (Jementah), Mohd Solihan Badri (Tenang) dan Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai).

Pada 14 April lalu, Dr. Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-17 menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 8 April.

Kategori