Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pergerakan Pedati Dibenarkan Dengan...

PUTRAJAYA - Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur...

Nabil Bersyukur Diiktiraf Pengacara...

TAHNIAH... Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur apabila terima anugerah Pengacara Hiburan Terbaik di...

Ibu Tenat, Rakam Ucapan...

MENYEDARI  bahawa dirinya tidak mempunyai masa yang panjang untuk hidup, seorang ibu telah...

Guru Didakwa Lakukan Seksual...

PUTRAJAYA – Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Jenayah...

Felda Dapat Bantuan Kewangan RM6.23 Bilion

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion kepada Felda, berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan.

Ketika membentangkan Kertas Putih Felda di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dengan model baharu ini, Felda akan menyuntik tenaga baru dan mengoptimumkan potensi untuk maju dan memodenkan industri pertanian.

“Wahai peneroka Felda, Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai keyakinan kepada kalian. Sama-samalah kita bangkit, bersatu dan maju bersama demi kegemilangan Felda, rakyat dan negara. Saya yakin Felda mampu bangkit semula.

“Saya berharap usaha Kerajaan ini akan mendapat sokongan dan dukungan para peneroka untuk mengembalikan Felda sebagai sebuah agensi yang mampu mengangkat martabat peneroka Felda dan menjamin kelestarian Felda,” katanya.

Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Felda’ itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Kategori