Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Nanti Pak Cik Balas...

"TERIMA kasih anakanda Nadzrul Zarfan atas kiriman kad raya dan hadiah kuih-muih. Pak...

Pecah Amanah Wang Milik...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Westwood Dipecat Sebagai Jurulatih...

GEORGE TOWN - Kontrak ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood ditamatkan serta merta...

174 Rumah Ibadat Bukan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan...

Fosil Gigi Di China Milik Spesies Manusia Baharu

ZUNYI – Beberapa batang gigi berusia kira-kira 200,000 tahun yang ditemui di Gua Yanhui dekat sini sekitar 1970-an dipercayai milik satu spesies manusia kuno yang belum dikenal pasti, dakwa saintis.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Kebangsaan Evolusi Manusia (CENIEH) di Sepanyol menjelaskan empat batang gigi itu dahulu diklasifikasikan sebagai milik spesies manusia purba yang hidup sejak 1.8 juta tahun lalu, Homo erectus.

“Hasil ujian makmal dan imbasan tiga dimensi, gigi tersebut didapati mungkin datang dari spesies lain sama ada manusia Neanderthal mahupun kumpulan kacukan misteri yang belum dikenal pasti,” jelas CENIEH.

Rangkaian kabel National Geographic melaporkan penyelidik telah membandingkan gigi tersebut dengan gigi Homo erectus serta gigi manusia moden dari timur dan barat Asia, Afrika serta Eropah tetapi tiada padanan.

Antara teori dikemukakan tentang pemilik gigi tersebut adalah kumpulan manusia Denisovan iaitu cabang baharu selepas manusia Neanderthal. Sehingga lebih banyak bahan fosil tambahan ditemui, asal usul gigi manusia purba itu akan kekal satu misteri. – Agensi

Kategori