Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Proaktif Dan Capai Cita-Cita...

PUTRAJAYA - "Proaktif dan capai cita-cita anda", itu nasihat Perdana Menteri Datuk Seri...

Pemilihan PKR Wajar Ditangguhkan,...

KUALA LUMUR – Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR hari ini digesa menangguhkan proses pemilihan...

Penggubal Dasar Perlu Manfaatkan...

PUTRAJAYA - Penggubal dasar tidak sepatutnya gerun dengan penyelidikan, sebaliknya perlu memanfaatkan hasilnya...

TNB Bersedia Ceburi Perniagaan...

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bersedia untuk menerokai perniagaan kesalinghubungan yang...

Fuziah, Bee Yin, DAP Perlu ‘Disekolahkan’ – Redzuan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan beberapa ahli parlimen DAP termasuk menteri Yeo Bee Yin perlu ‘disekolahkan’ dengan mereka seharusnya mengurangkan berpolitik dalam mentadbir.

Mengingatkan perkara itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menegaskan, mereka harus jujur dan ikhlas dalam mentadbir urus negara dengan berpandukan kepada fakta dan bukannya untuk meraih populariti dan sokongan politik.

“Mengarahkan saya untuk tutup mulut dan jaga hal kementerian sendiri, mereka ini saya fikir perlu ‘disekolahkan’. Sebagai menteri kabinet, saya ada locus standi untuk bercakap pasal Lynas (meneruskan Lynas).., saya menyuarakan keputusan dan konsensus Kabinet.

“Fuziah yang tidak ada locus standi. Kepada Yeo Bee Yin, menteri berkenaan sentiasa ada fungsi yang bertindan dan sepatutnya tidak bekerja dalam silo.

Menteri kena bekerjasama dalam satu pasukan,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia hari ini.


Mohd. Redzuan berkata, sebagai pembangkang sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu, Fuziah dan beberapa menteri kerajaan hari ini mungkin tidak memperoleh maklumat yang tepat mengenai sesuatu isu termasuk isu Lynas dan mereka mempolitikkan isu-isu tersebut untuk meraih sokongan politik.

“Jujurlah…kepada ahli parlimen kerajaan, ubahlah sikap selama 61 tahun sebagai pembangkang,” kata Mohd. Redzuan lagi. – UTUSAN ONLINE

Kategori