Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Media Sosial: Antara Realiti...

KUALA LUMPUR - "Harga petrol RON95 dan RON97 bulan hadapan dijangka naik"... Maka...

Belacan Miri Buah Tangan...

MIRI - Sebut sahaja nasi 'Lalapan' di Miri, pastinya keenakan sambal belacannya yang...

Tataetika Laut China Selatan:...

SINGAPURA - China nampak komited hendak memuktamadkan perundingan dengan negara-negara Asia Tenggara mengenai...

Bayi Dilahirkan Tanpa Mata...

South Wales – Meskipun dilahirkan tanpa mata, namun seorang bayi perempuan, Daisy tetap...

Gigi Susu Boleh Selamatkan Nyawa Anak

BETHESDA – Perbuatan menyimpan gigi susu mungkin mampu menyelamatkan nyawa anak-anak pada masa hadapan seperti menyimpan sel stem daripada uri bayi.

Pusat Kebangsaan Maklumat Bioteknologi Amerika Syarikat (NCBI) baru-baru ini mendedahkan bahawa gigi susu kanak-kanak menyimpan sel stem yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan kencing manis malah membentuk tisu mata dan tulang baharu.

Lazimnya, sel stem boleh ditemui dalam sumsum tulang dan prosedur untuk mengambil sel itu sangat sukar dan amat menyakitkan. Bagaimanapun, sel sama boleh diperoleh dengan mudah daripada dalam gigi susu jika gigi tersebut disimpan dengan baik.

Kajian terkini menunjukkan sel stem dalam gigi susu berusia 10 tahun masih boleh digunakan untuk tujuan rawatan. Sel dalam gigi susu juga terlindung daripada kesan persekitaran dan mampu bertahan lebih lama.

Sel stem daripada uri bayi boleh digunakan untuk menggantikan sumsum tulang penghidap kanser darah.
Penggunaan sel stem untuk kencing manis, penyakit kardiovaskular, hati, buah pinggang dan masalah imuniti badan masih dikaji saintis di seluruh dunia. – Agensi

Kategori