Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cristiano Ronaldo Hadir Tayangan...

BINTANG bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo hadir bersama anak lelakinya, Cristiano Ronaldo...

Waris QZ8501 Enggan Terima...

SURABAYA – Suasana di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di...

RON97 Turun 5 Sen,...

Kuala Lumpur : Harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak lima sen seliter...

Video: Kena ‘Lauk’ Lepas...

KUALA LANGAT - Rakaman video menunjukkan beberapa individu memukul seorang lelaki di tengah...

Hadi Bersyukur Tok Mat Jadi Pilihan Pengundi Majmuk

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hassan atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, malam ini.

Katanya, beliau bersyukur kepada Allah dengan hidayah-Nya memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon Barisan Nasional (BN) bagi mewakili rakyat bermasyarakat majmuk di DUN itu.

“Kemenangan ini menunjukkan perkembangan positif ke arah agenda penyatuan ummah dan permuafakatan di kalangan parti pembangkang, NGO dan tokoh berpengaruh,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau selepas menang dengan majoriti 4,510.

Dalam pertandingan empat penjuru itu, beliau memperoleh 10,397 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr. S Streram mendapat 5,887 undi dan dua calon Bebas, Mohd Nor Yassin dan Malarvizhi masing-masing mendapat 66 dan 67 undi.


Menurut Abdul Hadi, kekalahan PKR dan PH dalam pilihan raya kecil ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap yang gagal menunaikan janji.

Ia juga, katanya petanda rakyat menolak budaya politik populis dan ‘pak pandir’ yang hanya pandai menyalahkan pihak lain.

“Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli dan jentera PAS serta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang membantu kempen PRK DUN Rantau ini, termasuklah ahli PAS di Rantau yang turun mengundi hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Kategori