Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Igauan Buruk Saya Gambarkan...

PETALING JAYA : Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengakui dukacita...

Gempa Terbaharu Nepal, 48...

KATHMANDU - Nepal yang dilanda satu lagi gempa baharu sekuat 7.3 pada skala...

PM Bakal Umum Berita...

KOTA BHARU : Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan berita gembira iaitu projek...

Ibu Lembu Rodok Dada...

SEEKOR lembu betina, ibu kepada lembu jantan yang menyebabkan kematian matador popular Sepanyol,...

Harimau Malaya Jatuh Ke Ranking 168 Dunia

KUALA LUMPUR – Ekoran kegagalan mendapat keputusan kurang memberangsangkan ketika aksi persahabatan pada Piala Airmarine baru-baru ini mempengaruhi kedudukan ranking pasukan negara.

Dalam aksi tersebut menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe tewas di tangan Singapura sebelum menundukkan Afghanistan untuk menduduki tangga ketiga.

Ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan skuad kebangsaan turun satu anak tangga ke kedudukan ke-168, di mana sebelum ini berada di tangga ke-167.

Ranking terkini yang dikeluarkan FIFA kelmarin juga menyaksikan Harimau Malaya berada di kedudukan berbeza dengan pasukan Asia Tenggara lain, berbanding Vietnam (98), Thailand (114), Filipina (124), Myanmar (140), Indonesia (159) dan Singapura (160).

Meskipun pelbagai program pembangunan dan perancangan yang dikendalikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperbaiki kedudukan pasukan kebangsaan namun semuanya setakat ini dilihat belum mencapai matlamat apabila tidak banyak membantu meningkatkan ranking pasukan negara.

Kategori