Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MAHA 2016 Sasar RM200...

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Antarabangsa (MAHA) 2016 yang akan diadakan...

Dua Beradik Jual Dan...

TAPAH - Polis Tapah menahan dua beradik dan merampas 30 kilogram (kg) daun...

“Mana Ada Seksi, Saya...

BEKAS naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah tiba-tiba menjadi perhatian apabila...

Barang Keperluan Asas Di...

SHAH ALAM - Bekalan barangan keperluan asas di Selangor sepanjang bulan Ramadan dan...

Hina Raja-Raja Melayu: Polis Siasat Syed Husin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan terhadap Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Syed Husin Ali mengenai kenyataannya semasa forum mengenai Statut Rom di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini yang didakwa menghina institusi Raja-raja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis akan menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan atau undang-undang lain yang berkaitan selain turut akan memanggil Syed Husin.

“Saya tahu ada kenyataan dibuat, ada beberapa pihak telah buat laporan polis termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang tidak puas hati, jadi kita siasat kerana laporan telah dibuat.

“Bergantung kepada keperluan sama ada perlu dipanggil atau tidak (Syed Husin), jika perlu kita akan panggil,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beberapa pihak termasuk NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis terhadap Syed Husin berikutan kenyataannya di forum tersebut yang disifatkan telah menimbulkan kebencian terhadap Raja-raja Melayu.


Sementara itu, Mohamad Fuzi turut mengesahkan pihaknya telah menerima 867 laporan polis terhadap Muhammad Zamri Vinoth yang juga pembantu pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik kerana didakwa menghina agama Hindu.

Muhammad Zamri yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia Perlis telah ditahan polis di Arau, Perlis semalam. – UTUSAN ONLINE

Kategori