Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

TH Terus Mantapkan Dokumen...

MAKKAH - Tabung Haji (TH) sedang memperkemaskan prosedur operasi haji dan pensijilan Sistem...

Butir Perjanjian Penyelesaian 1MDB-Goldman...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh mendedahkan perincian perjanjian penyelesaian antara 1Malaysia Development...

1,219 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu positif Covid-19 negara ini kembali meningkat hari ini...

Tikam Perut Rakan, Penarik...

KUALA LUMPUR - Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Honda Malaysia Panggil Semula Model Accord 2003-2007

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi 9,998 unit Accord (2.0L) model tahun 2003-2007 untuk penggantian inflator beg udara Takata bahagian pemandu sebagai langkah pencegahan.

Dalam kenyataan, syarikat itu berkata panggilan semula kali kedua ini adalah perlu sebagai tindakan pencegahan dan menggesa pelanggan yang terjejas untuk menggantikan inflator beg udara bahagian pemandu dengan segera.

Honda Malaysia berkata penggantian kedua inflator beg udara Takata bahagian pemandu adalah percuma dengan kos penggantian ditanggung oleh syarikat.

Setakat hari ini, katanya tiada sebarang nahas atau kecederaan berkaitan dengan inflator beg udara Takata bahagian pemandu bagi Accord (2.0L) model tahun 2003-2007 yang dilaporkan di Malaysia.

Sementara itu, pada 21 April tahun ini, Honda Malaysia telah menyiapkan kerja mengganti lebih 43,720 unit inflator beg udara Takata bahagian pemandu, iaitu nisbah siap 92 peratus, sementara jumlah inflator beg udara penumpang dan penumpang yang siap diganti adalah lebih 527,480 unit atau nisbah siap 89 peratus.


“Honda Malaysia juga merayu kepada pelanggan Honda yang terjejas yang masih belum menggantikan inflator beg udara Takata untuk segera berbuat demikian kerana beg udara itu mungkin mengalami tekanan udara kuat apabila diaktiflkan.

“Inflator beg udara yang terjejas itu mungkin pecah yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada pemandu dan penumpang,” katanya.

Kategori