Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nik Abduh Imbas Kekejaman...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS mengingatkan ahli dan penyokongnya tentang usaha bekas Perdana...

ATM Kekal Dalam Saingan...

KUALA LUMPUR - Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengekalkan penyertaan pasukan...

Dadah Sintetik Tinggalkan Kerosakan...

PUTRAJAYA - Anggapan dadah sintetik sebagai ‘party drug’ yang tidak mempunyai kesan serius...

25 Maut Serangan Boko...

MAIDUGURI - Sekurang-kurangnya 25 terbunuh dalam serangan militan Boko Haram pada petang kelmarin...

Ibu Harap Acap Dijumpai Sebelum Ramadan

IPOH – Biarpun esok genap sebulan Mohammad Ashraf Hassan, 29, hilang semasa menyertai perlumbaan lasak di Gopeng, keluarga lelaki terbabit kekal yakin dia akan ditemui semula dalam keadaan selamat.

Ibu Mohammad Ashraf, Siti Maznah Khamis, 58, berharap anak kelima daripada tujuh beradik itu pulang ke pangkuannya sebelum Ramadan yang akan tiba kurang sebulan lagi.

Abang Mohammad Ashraf, Mohd. Zahiruddin Hassan, 35, berkata, ibu mereka sentiasa berdoa agar usaha pencarian Mohamad Ashraf akan berhasil dengan dia ditemui dalam masa terdekat.

Katanya, mereka sekeluarga juga tidak pernah berputus harap mahupun meletakkan titik noktah ke atas pencarian lelaki itu sebaliknya positif terhadap sebarang usaha yang dilakukan.

“Harapan emak pada setiap masa termasuk di dalam solat memang mahu agar Acap (Mohammad Ashraf) pulang dengan selamat lagi-lagi untuk sambut Ramadan. Kalau boleh mahu dia ada (jumpa) dalam masa terdekat.

“Kami mahu dia pulang untuk sama-sama sambut Ramadan dengan anak dan isterinya. Sebagai keluarga, kita telah mencuba sedaya upaya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai penemuan tulang di dalam Gua Kandu kelmarin, Mohd. Zahiruddin berkata, mereka sekeluarga yakin ia bukan milik Mohammad Ashraf.

Katanya, mereka menyerahkan kepada pakar untuk mengenal pasti status tulang tersebut sekali gus berharap keputusannya nanti dapat merungkai segala persoalan.

“Sebenarnya tulang itu ditemui oleh kumpulan saya yang melakukan pencarian di sekitar Gua Kandu sebelum memaklumkannya kepada penduduk kampung dan bomba,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori