Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Bayi Lelaki Ditemui...

SUNGAI PETANI - Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah tangki air di...

Remaja Dipercayai Pengedar Dadah...

LUNAS - Curiga dengan remaja yang membawa motosikal terhuyung-hayang, pasukan trafik menahan seorang...

Sedia Kongsi Maklumat Agen...

KUALA LUMPUR - Polis sedia berkongsi maklumat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung...

Pasha Ungu Bakal Naib...

JAKARTA - Vokalis Ungu, sebuah kugiran terkenal di Indonesia, Pasha, adalah antara beberapa...

Isham Jalil Beri Keterangan Kes Rakaman CCTV

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil telah dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berkaitan insiden penyebaran rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi berkata, pada masa kini, pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum ia dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Dia (Isham) sudah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Kita akan rujuk dengan Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan polisdan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bahawa siasatan dilakukan pihaknya selepas menerima satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batu 9, Cheras.


Terdahulu, satu klip video berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri itu tular di media sosial Facebook selepas dimuat naik oleh Isham.

Sementara itu, Isham melalui satu muat naik di akaun Facebook miliknya menyatakan bahawa sehingga kini tiada peraturan bertulis berkenaan siaran rakaman transkrip video (CRT) prosiding mahkamah. – K! ONLINE

Kategori