Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sains Pertanian Bakal Diperkenalkan...

PONTIAN – Mata pelajaran Sains Pertanian akan diperkenalkan semula di sekolah dalam masa...

660 Kes Positif COVID-19,...

PUTRAJAYA - Kes baharu positif COVID-19 hari ini kembali menurun tiga angka iaitu...

Ideas for Producing A...

Pupils usually locate the appropriate support which could provide a deserving help and...

Bandaraya Kuching Dicadang Seorang...

KUCHING - Cadangan supaya bandaraya Kuching mempunyai hanya seorang Datuk Bandar adalah antara...

Jackie Lebur Rekod Kebangsaan Miliknya Di Doha

KUALA LUMPUR – Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer mengotakan janji apabila memecahkan rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar.

Jackie, 27, membuat balingan sejauh 67.01 meter (m) pada aksi final di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi untuk memperbaharui rekod kebangsaan 66.01m yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia tahun lalu.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana saya langsung tidak jangka dapat memadam rekod kebangsaan saya sendiri,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Meskipun menamatkan aksi final tersebut pada tempat kelapan, namun Jackie boleh berbangga dengan pencapaian itu kerana dia satu-satunya daripada sembilan wakil negara berjaya mencatat rekod baharu kebangsaan di Doha.

Pingat emas dimenangi jaguh Tajikistan, Dilshod Nazarov dengan catatan 76.14m manakala tempat kedua menjadi milik Asraf Amgad El-Seify dari Qatar menerusi balingan sejauh 73.76m, sementara atlet Uzbekistan, Sukhrob Hodjayev meraih tempat ketiga (72.85m). – K! ONLINE

Kategori