Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ambulans Tiba-Tiba Terbakar Di...

KUALA KANGSAR - Sebuah ambulans terbakar 80 peratus di persimpangan lampu isyarat Taman...

PAS Kota Tinggi Calonkan...

JOHOR BAHRU - PAS Kota Tinggi mencalonkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa...

Usaha Banteras Jenayah Perlu...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jawatankuasa Multimedia dan Komunikasi Korporat bagi program membanteras jenayah di...

Ustaz Budak Didakwa 8...

KOTA BHARU - Pengurus madrasah dikenali sebagai Ustaz Budak didakwa di Mahkamah Sesyen...

Jajaran ECRL Diubah Ke Jelebu, Perhentian Gombak Dibatal

WAKIL khas perdana menteri, Daim Zainuddin berkata, jajaran baru projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan meliputi Jelebu di Negeri Sembilan.

Beliau yang sedang berada di Beijing untuk menemui wakil China berkata, projek itu yang disambung semula pada kos lebih rendah iaitu RM44 bilion, akan bermula dari Kota Bharu, Kelantan ke Mentakab di Pahang.

Katanya, perhentian asal di Gombak dibatalkan kerana jajaran itu akan memintas Bentong untuk ke Jelebu di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, dari Negeri Sembilan, jajaran itu disambung ke Kuala Klawang, Bangi, Kajang, Putrajaya dan Pelabuhan Klang.

Daim berkata, perbincangan dengan China kali ini hanya mengenai ECRL dan tidak membabitkan isu lain, termasuk pembelian minyak sawit.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan projek ECRL disambung semula dengan kos pembinaan fasa 1 dan 2 dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion.


Katanya, kos asal RM65.5 bilion dikurangkan sebanyak 32.8% susulan pemeteraian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company.

Kerajaan Pakatan Harapan menggantung projek itu sejak Julai 2018 disebabkan kos pembinaan terlalu tinggi. – FMT

Kategori