Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PRN Johor: Srikandi Bersatu...

Petaling Jaya : Srikandi Bersatu mengemukakan 15 nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan tertinggi...

MAHB Kekal Sebagai Operator...

ISTANBUL – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mahu mengekalkan statusnya sebagai operator Lapangan...

Mayat Warga Emas Dibiar...

ARIZONA – Hanya selepas empat tahun kematiannya, barulah mayat seorang warga emas yang...

Melaka Mengundi: BN Tambah...

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan empat kerusi menjadi milik Barisan Nasional (BN)...

“Jalan Mati Buat ICERD, Tapi Bukan Statut Rom” – Saifuddin

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri berkata kerajaan masih belum mengalah dalam usaha meratifikasi Statut Rom Jenayah Mahkamah Antarabangsa (ICC) meskipun terdapat pihak yang cuba memanipulasi perjanjian tersebut.

“Jalan mati buat ICERD, tapi Statut Rom, kita akan lihat bagaimana (kesudahannya) nanti,” kata menterinya, Saifuddin Abdullah dalam satu sidang media di Wisma Putra, semalam.

Beliau berkata, kementeriannya akan mendedahkan usaha pihak terbabit yang menakut-nakutkan masyarakat dengan menyebarkan fakta yang salah mengenai perjanjian itu.

Termasuk professor kangkung. Malah sampai sekarang, mereka masih belum tampil membela diri,” katanya tanpa menamakan mana-mana individu.

Oleh itu, katanya, kementeriannya akan sentiasa mengkaji cara untuk memberi penjelasan yang terbaik kepada masyarakat sebelum meratifikasi mana-mana konvensyen antarabangsa.

“Kita akan lebih berhati-hati dan teliti bagaimana kita berkomunikasi,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan aktivis pelajar mendedahkan imej satu dokumen yang dikemukakan kepada Raja-Raja Melayu yang menurut mereka mungkin bertanggungjawab menggagalkan langkah kerajaan meratifikasi Statut Rom.


Imej yang didedahkan pelajar berkenaan dikatakan menunjukkan kandungan satu memorandum 10 halaman yang disediakan oleh 4 ahli akademik yang menggariskan peranan dan fungsi Yang di-Pertuan Agong serta liabiliti baginda di bawah Statut Rom.

Empat penulisnya mendakwa, ratifikasi Statut Rom akan menyebabkan Agong boleh didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas peranan baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Menurut mereka, Agong memegang tanggungjawab operasi sebagai pemerintah tertinggi tentera, melampaui peranan baginda sebagai ketua lambang atau istiadat.

Awal bulan lalu, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom yang ditandatangani 4 Mac. – FMT

Kategori