Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Serang Dengan Kapak Di...

DUESSELDORF (Jerman) - Lima individu cedera diserang lelaki bersenjatakan kapak di stesen kereta...

Menteri Boleh Pakai Otak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas anggota...

PM Australia Puji Peranan...

KUALA LUMPUR - Australia mengiktiraf kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Pakatan Baharu Bekas MB...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid yang lantang...

JDT Kuasai Pemain Termahal Di Liga Super

KUALA LUMPUR – Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dinobatkan sebagai pemain termahal dalam Liga Super dengan nilai pasarannya dianggarkan mencecah £900,000 (RM4.8 juta).

Nilai pemain Brazil itu berdasarkan harga pasaran yang dibuat di laman web www.transfermarkt.co.uk.

Seorang lagi pemain JDT, Leandro Velazquez dan pemain Terengganu, Sanjar Shaakhmedov pula berada di kedudukan kedua dan ketiga selepas Diogo dengan kedua-duanya dinilai pada harga £720,000 (RM3.8 juta).

Mauricio Nascimento dan Gonzalo Cabrera melengkapkan penguasaan kelompok lima teratas pemain import paling mahal Liga Super milik JDT selepas menduduki tempat keempat dan kelima dengan masing-masing diberikan tanda harga £675,000 (RM3.6 juta).

Berikut adalah senarai harga pemain di Liga Super:

Pemain Import

1 – Diogo Luis Santo (JDT) – £900,000 (RM4.8 juta)

2 – Leandro Velazquez (JDT) – £720,000 (RM3.8 juta)

3 – Sanjar Shaakhmedov (Terengganu) – £720,000 (RM3.8 juta)

4 – Mauricio Nascimento (JDT) – £675,000 (RM3.6 juta)

5 – Gonzalo Cabrera (JDT) – £675,000 (RM3.6 juta)

6 – Ze Love (Pahang) – £630,000 (RM3.4 juta)

7 – Wander Luiz (Perak) – £495,000 (RM2.6 juta)

8 – Liridon Krasniqi (Melaka United) – £450,000 (RM2.4 juta)

9 – Dickson Nwakaeme (Pahang) – £450,000 (RM2.4 juta)

10 – Giancarlo Rodrigues (PKNP) – £405,000 (RM2.1 juta)

Naturalisasi / Berdarah Campuran


1 – Natxo Insa – £720,000 (RM3.8 juta)

2 – La’Vere Corbin-Ong – £248,000 (RM1.3 juta)

3 – Mohamadou Sumareh – £225,000 (RM1.2 juta)

Pemain Tempatan

1 – Safiq Rahim – £360,000 (RM1.9 juta)

2 – Baddrol Bakhtiar – £315,000 (RM1.6 juta)

3 – Hadin Azman – £180,000 (RM970,000)

4 – Syafiq Ahmad – £158,000 (RM851,000)

5 – Hazwan Bakri – £158,000 (RM851,000)

Pemain Tempatan B-22

1 – Syahmi Safari – £90,000 (RM485,000)

2 – Safawi Rasid – £68,000 (RM366,000)

3 – Akhyar Rashid – £45,000 (RM242,000)

Kategori