Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ustaz Abdul Somad Sah...

PEKAN BARU - Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai...

Himpunan Rakyat Bersatu Kena...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan penganjur...

Video: Anak Khinzir Berwajah...

PELIK tapi benar... Kot? Sejak semalam, satu video menunjukkan seekor anak khinzir 'mutan' yang...

Anak Patung ‘Hidup’ Kena...

BANGKOK - Anak-anak patung bakal mendapat layanan sama seperti penumpang lain dalam pesawat...

Jika Di Negara Maju, Sudah Pasti Bubar Parlimen

KUALA LUMPUR – Penolakan undi usul pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat malam tadi kerana ia tidak menepati hasrat takyat Sabah dan Sarawak yang mahu semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA62) dilaksanakan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan kerajaan PH hanya meminda Perkara 2(1), tidak memadai, bersifat kosmetik dan membelakangi hasrat sebenar rakyat Sabah dan Sarawak.

Apatah lagi, sebelum undian secara belah bahagi, pihak kerana telah menolak semua cadangan dikemukakan pembangkang semasa menggulung perbahasan.

Katanya, pembangkang meminta supaya pindaan dibuat secara lebih cermat, teratur dan menyeluruh dengan memasukkan segala aspek selari dengan MA63.

Antara merujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Terpilih (Special Select Committee Parliament), membincangkan terlebih dahulu di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak serta memasukkan dengan jelas perkataan “BERDASARKAN SEMANGAT PERJANJIAN MSIA 1963”.

“Kerajaan menolak ketiga-tiga cadangan pembangkang menyebabkan pembangkang sepakat untuk berkecuali dan menyebabkan usul kerajaan tewas apabila hanya mendapat 138 undi daripada sejumlah 222 kerusi parlimen,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Malah katanya, usul tersebut berjaya dipatahkan oleh muafakat pembangkang termasuk GPS sekaligus kerajaan gagal mendapat 148 undi seperti diperlukan.

Tambah Annuar, sikap kerajaan yang enggan menunaikan janji dalam manifesto PH secara total dalam isu MA63 juga mengakibatkanmereka ditewaskan pembangkang di Parlimen.

“Inilah kuasa rakyat yang telah membuktikan semak dan imbang Berjaya berjaya dilaksanakan dengan berkesan demi maruah dan suara rakyat.


“Kerajaan tidak boleh dibiarkan berdolak-dalik dengan janji dan manifesto mereka dengan mereka-reka alasan untuk meletakkan kegagalan mereka menunaikan janji dengan menyalahkan BN.

“Kali ini mereka terperangkap dengan taktik mereka sendiri,” jelas Annuar lagi.

Katanya, selepas ICERD dan Statut Rom, kegagalan meminda Perlembagaan secara kosmetik adalah kegagalan ketiga PH apabila suara rakyat berjaya dipertahankan menerusi muafakat pembangkang.

Tegasnya, jika di negara maju, peristiwa seperti ini sudah pasti membawa kepada peletak jawatan atau pembubaran Parlimen.

“Tetapi kita tahu Kerajaan PH akan cuba bertahan dengan menggunakan kuasa menindas, menekan dan memfitnah pihak yang tidak menyokong mereka,” kata beliau. – Agenda News

Kategori