Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

HSR: Lebih Lambat Tangguh...

BENTONG - Kerajaan mungkin terpaksa membayar kos terbantut atau kos abortif yang lebih...

Bulan Gergasi Bergolek Gegarkan...

RAKAMAN video sebuah belon bulan gergasi bergolek di sebatang jalan raya di China...

Ada Isyarat ELT Dikesan...

Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa ada isyarat kecemasan yang dihantar oleh alat Emergency...

‘Coklat Najib’ Popular Sold...

LARIS... Coklat mini bersaiz poket memaparkan imej bekas Presiden UMNO dan barisan perdana...

Kabinet Bincang Isu TH, Bayaran Hibah Esok

KUALA LUMPUR – Hibah Lembaga Tabung Haji (TH) akan diumum dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat Jemaah Menteri memutuskannya, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula TH akan dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri esok.

“Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu berkaitan kedudukan kewangan dan perkara-perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuan TH membayar hibah kepada pendeposit.

“TH akan membuat pengumuman dalam tempoh terdekat selepas Jemaah Menteri membuat keputusan,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Datuk Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan bila kerajaan akan mengumumkan bayaran hibah kepada 9.3 juta pendeposit TH.


Menurut Noraini, berdasarkan rekod lima tahun ke belakang, TH akan mengumumkan kadar hibah pada Februari, namun sehingga kini pengumuman mengenainya masih belum dibuat sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pendeposit.

Kategori