Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Wanita Nyaris Maut Kereta...

SEORANG pemandu wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya melanggar tembok parkir tingkat dua...

Gambar: Sweet.. Norman Buat...

ALAHAI, bertuah sungguh empunya diri Memey Suhaiza dikurniakan seorang suami yang begitu romantis...

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan...

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah Najib Razak yang dituduh terlibat dalam...

Projek Kereta Ketiga Negara...

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ketiga kelak, tidak...

Kain Rentang Provokasi Muncul Lagi Di Rantau

SEREMBAN – Selepas dua kain rentang provokasi dipasang di hentian bas Kampung Pasir dan Kampung Pasir Airport, kini timbul pula kain rentang menghentam kerjasama UMNO-PAS.

Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kain rentang itu dilihat cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam.

Tertera tulisan ‘Undi BN adalah undi PAS’ ditulis dalam bahasa Mandarin.

Pada kain rentang itu, kelihatan gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang diletakkan dalam lakaran berbentuk hati.

Media turut memanjangkan isu ini kepada Mohamad Hasan yang merupakan calon BN bagi PRK DUN Rantau.

Bekas Menteri Besar itu menjawab kain rentang tersebut sengaja dinaikkan bagi tujuan mengelirukan pengundi-pengundi Rantau.

“Ada banner provokasi di Rantau nak takutkan pengundi Cina.


“Siapa yang melarang penjualan arak di Kelab Golf Seremban .. saya atau MB (Menteri Besar) PH?” katanya dalam pesanan WhatsApp.

Minggu lalu, dua kain rentang provokasi dikesan dipasang di sekitar Rantau.

Kain rentang itu tertera tulisan “Jangan beri dia kuasa, mari bangkit Melayu Negeri. Kita ganyang sama dia. Buktikan kita anak jati Rantau”. – MalaysiaGazette

Kategori